Saturday, February 28, 2009

Destinasi yang belum selesai..

Salam semua....
Aku cadangnya nak pergi kesuatu tempat hari ni... tapi ada aktiviti pulak kat sekolah dan suami aku pulak ada kuliah rupanya, so tangguh ke hari esok...

Mintak2 esok takde halangan untuk aku berdestinasi ok. Takde halangan .Titik. Tapi mana tahu kan kalau2 adaaaa pulak.

Ke mana??????heh heh. Kalau ikut hati ni dah lama aku terbang.....ikut hati ikut kaki.... haha. Emm....bahasa memang tak hengat ok....

Aku hanya melayan hati yang senangggg.....hihi

Friday, February 27, 2009

Kesiannnn dia...tapi comelkan!!



So sweet that baby boy ... Alahai!! mengantuk rupanya. Kesianlah tengok baby ni kan. Comel sangat tau....geram!!! kalaulah ammar sedebab ini.hurm...

Wednesday, February 25, 2009

Terapi minda...berkesankah???




Terlalu banyak kerja... sampai tak tahu mau buat yang mana. siap satu
ada pulak yang lain...begitulah selalunya. Haru biru dibuatnya.
Kadang2 aku tak fahamlah, mula2 buat camni pastu keluar pulak
arahan buat camtu pulak. Adeeeh, pening lah kalau berterusan cenggini.
Balik sekolah rasa cam letiiiihh amat...letihnyaaa!!!
Terlalu banyak program yang perlu dibuat...
Kepala aku tengah pusinglah....tension sangat.
Bila semua program ini udah selosai akulah orang yang akan melompat sakan.
Emm ada ke orang yang nak tengok aku melompat hah....hihi.
Adeeh, memang aku sengal dengan semua nih....
Aku mahu buat terapi minda
shopping barang2 kesukaan ku...
Babah!!! bila nak g shopping nih.
Tolong hilangkan semua kerunsingan ini.......

Monday, February 23, 2009

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Aku baru cuba2 dan menjadik la pulak.Cubalah buat pada yang belum ye...aku pun tak ler pandai sangat pun...hihi,saje tak nak layan emosi yang terganggu ini...huhu.

Layan gambar je ok tak???

Sekitar majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas PSS 2009.Layan gambar jelah aku malas nak cerita sebab kepala pusing, hati runsing dan jiwa kaco amat nih.....hurm.

Menu aku tengahari isnin nih... balik sekolah aku sempat masak lomak ikan dengan rebung dan belimbing buluh. Emm...

Ayam masak merah....masih malas nak cerita lagi...aku dilanda ribut taufan. Hah!!!

Sunday, February 22, 2009

Aku rindu laa..


Aku rindu la... rindu??? em tengok kat gambar tu adakah aku rindu makcik2 tu @ makanan itu @ masjid dan sungai yang cantik itu.....memang aku sebenarnya rindu sebab banyak memori yang manis bila aku terpandangkan gambar pekan sari temerloh dan sungai ini....uwaaaaa.
Semua memori itu biarlah aku simpan ye...bukan tak nak berkongsi tapi tulah...banyak sangat kan. Maklumlah zaman kanak2 dan remaja dulu aku sinonim dengan daerah ini.
Pekan sari Temerloh ni memang tempat yang sangat sesuai untuk mendapat macam2 sayur kg( termasuklah sayur maman yang aku suka tu...lihat gambar ye) macam2 ikan laut, sungai... ikan patin sungai tuuuuuu...ikan tengas,talapia dan macam2 ikan pekasam yang dijual.
Kuih muih pun banyak...ada dodol kukus, eh.. itu ke nama kuih tu ha!! aku lupa la pulak. Tapi kuih yang dalam gambar tu memang kegemaran arwah mak.Adeeh, ni sedih nih...kalaulah emak dan abah masih ada...
Dulu2 aku juga biasa naik bot menyeberang sungai temerloh, cuma berapa sen je tambang dia ...lucukan. Tapi best...masa tu naik dengan kawan2 la. Kalau ada kawan2 yang baca blog ni mesti masih ingatkan kenangan kita di sini. Kan Noli, uda kan...kan. Ada tak lagi sapa2 yang biasa ditempat2 ini ha??? jom kenal...cewaaahh.Tetiba...

So , misi hari ni sebenarnya nak ajak babah pergi pasar minggu Raub la....
Babaaaaahhhh, bangun!!!! jom kita pergiiiiiiiii.... tak dapat pergi pekan sari Temerloh, raub pun ok, asal jalan dan cari sayur maman lagi.... eeee cam mengidam pulak aku ni. Lalallllalala...hihi

P/s~aku baru je cuba2 edit gambar camtu. Credit untuk kak lela kakak aku ni yang memang pro dan study dalam bidang ni....kak lela kan.

Saturday, February 21, 2009

Team futsal

Seawal 6.30 pagi futsal player ni dah bangun..mandi,solat subuh pastu berdesup pegi ke futsal court.Disebabkan budak2 nih kategori kecik so bila waktu petang tak boleh main la. Budak2 besar ni memang besar kepala tau...dihalaunya budak2 kecik ni...so pagi2 waktu cuti bolehlah main tanpa gangguan.Court futsal ni baru je siap kat perumahan ni. Petang2 memang itulah aktivitinya kanak2 kat sini.(Sila abaikan gambar pengadil yang berkain pelikat itu...hihi)
Pertandingan bermula dengan 0-0. Masing2 punya skill tersendiri untuk menyumbatkan gol. Lihatlah aksi masing2 merebut bola yang satu tu....termasuklah sikecil Ammar ni. Turut sama mengejar bola walau pun tak pernah dapat bola itu. Kesian Ammar ...
Gol keeper sedang memujuk pemain kecil ni untuk meneruskan permainan. Tapi tulah, ammar ni bukannya reti bahasa yang dia tahu kejar dan kejar juga bola itu. hihi.
See, memang sungguh pro Ammar kak...kan.haha.Kejar bolehlah tapiiiii...dapat ke bola tu Ammar!
Cubaan untuk merampas bola dari pihak lawan...
Finally...dapat!!!! yey....bola ini Ammar punya....hahaha. Terus bawak lari......semua duk kejar nak bola balik.
Begitulah aksi yang sempat di rakamkan...

Ha! kan......Dimana2 ada Ammar ...kalau tengok dia memang sungguh2 mengejar bola, last2 jebik menangis sambil mintak ball...nak...nak. tunjuk bola.

Akhirnya permainan terpaksa dihentikan untuk memberi laluan kepada Ammar yang menjebik dan menangis tak dapat bola. Kasi can la sikit.... Dia pun tersenyum...suka lah tuuuu... Pemain2 yang sungguh baik sebab sanggup beri peluang kepada Ammar. Tak caya...tengok tu...kan semua duk tersenyum melihat pengacau yang sorang ni...em Ammar nih!!
Akhirnya babah ambik Ammar bawak balik dengan keadaan menangis.... tak nak balik nak main lagi tuh... Tak bolehlah dik...sebab adik kecik lagi. Pastu terus pergi kedai beli gula2 tuk si Ammar ni. Kes pujuk punya pasal...seorang pemain kecil yang suka menyibuk. Itulah aktiviti pada pagi sabtu ni...