Saturday, February 21, 2009

Team futsal

Seawal 6.30 pagi futsal player ni dah bangun..mandi,solat subuh pastu berdesup pegi ke futsal court.Disebabkan budak2 nih kategori kecik so bila waktu petang tak boleh main la. Budak2 besar ni memang besar kepala tau...dihalaunya budak2 kecik ni...so pagi2 waktu cuti bolehlah main tanpa gangguan.Court futsal ni baru je siap kat perumahan ni. Petang2 memang itulah aktivitinya kanak2 kat sini.(Sila abaikan gambar pengadil yang berkain pelikat itu...hihi)
Pertandingan bermula dengan 0-0. Masing2 punya skill tersendiri untuk menyumbatkan gol. Lihatlah aksi masing2 merebut bola yang satu tu....termasuklah sikecil Ammar ni. Turut sama mengejar bola walau pun tak pernah dapat bola itu. Kesian Ammar ...
Gol keeper sedang memujuk pemain kecil ni untuk meneruskan permainan. Tapi tulah, ammar ni bukannya reti bahasa yang dia tahu kejar dan kejar juga bola itu. hihi.
See, memang sungguh pro Ammar kak...kan.haha.Kejar bolehlah tapiiiii...dapat ke bola tu Ammar!
Cubaan untuk merampas bola dari pihak lawan...
Finally...dapat!!!! yey....bola ini Ammar punya....hahaha. Terus bawak lari......semua duk kejar nak bola balik.
Begitulah aksi yang sempat di rakamkan...

Ha! kan......Dimana2 ada Ammar ...kalau tengok dia memang sungguh2 mengejar bola, last2 jebik menangis sambil mintak ball...nak...nak. tunjuk bola.

Akhirnya permainan terpaksa dihentikan untuk memberi laluan kepada Ammar yang menjebik dan menangis tak dapat bola. Kasi can la sikit.... Dia pun tersenyum...suka lah tuuuu... Pemain2 yang sungguh baik sebab sanggup beri peluang kepada Ammar. Tak caya...tengok tu...kan semua duk tersenyum melihat pengacau yang sorang ni...em Ammar nih!!
Akhirnya babah ambik Ammar bawak balik dengan keadaan menangis.... tak nak balik nak main lagi tuh... Tak bolehlah dik...sebab adik kecik lagi. Pastu terus pergi kedai beli gula2 tuk si Ammar ni. Kes pujuk punya pasal...seorang pemain kecil yang suka menyibuk. Itulah aktiviti pada pagi sabtu ni...

6 comments:

*Azie* said...

hihihihihi....kelakor la tgk gelagat si ammar nie...

JIVEBUMZ said...

lepas nie boleh jadi pemain bola sepak negara yer adik ammar..hihi

atie said...

azie~memang kelako mulanya pastu kesian la pulak tengok ammar menangis...hihi

atie said...

ila~he he pemain bola sepak negara....hurm.

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. tomey je tgk ammar kejar bola tu.. blh geng ngan budak bulat mirul tu..

atie said...

rina~kalau dekat leh jadi geng dah ni kan rina