Tuesday, April 3, 2012

Perkembangan janin dalam rahim ibu

Assalamualaikum......

Memang berat rasa hati nak bercerita tambahan bila cerita itu tak pasti samada gembira atau berdukacita. Memang .....aku akui tentang berita ini dalam blog ini pun aku teragak-agak nak bercerita sebab yang sakit dan lukanya nanti aku , pemilik blog nih la kan, tapi entah macamana ada kekuatan untuk bercerita hari ni...............
Bila mula buat urine test dulu hasilnya adalah negatif , so aku cam takpelah........takde rezeki aku lagi, tapi period tetap tidak muncul dan aku buat kali kedua 2,3 minggu selepas tu dan peliknya hasil ujian tu pulak adalah positif. Alhamdulillah, sukaaaaaaaaaaaaa........
Mengikut perkiraan period sepatutnya kandungan aku dah 12 minggu seperti gambar di atas.
Bila jumpa dr dan sacn dr kata takde denyutan jantung dimana sepatutnya dah ada pada usia itu............. Menurut dr janin aku baru mencecah 6 minggu dan tak sama dengan tarikh period akhir.


Aku cam yakin yang tarikh dia betul jer dan mulalah fikir dan risau yang bukan2.Suami aku lak biasalah dia , yakin ajer ala tie memang baru lekat kut. Sebab dulu test kan negatif. Entahlah..............
So sekarang dr kata kandungan aku baru 6 minggu pada tarikh aku pergi scan dululah. Dan hari nih dah 7 minggu. Tarikh yang diberi dr supaya aku pergi scan semula adalah minggu depan.So sekarang nih aku cuma doakan yang terbaik............Kalau sekiranya terbaik untukku takdirkanlah yang terbaik untuk ku Ya Allah....................

Saturday, March 24, 2012

Mengidam home deco begini dan begitu

Assalamualaikum.....
Lamanya tak update blog, aku sedang dilanda mabukkkkkssssssssss..... Nak buat macamana, asal ngadap blog jer nak muntah, asal nak muntah jer ngadap blog.

Tapi agak2nta kalau dapat landing kat atas kosi tu macam hilanglah pulak mabuks tu, Automatik...........huhu.
Tambah2 pulak rona hijo yang macam nih, lagilah weiiiiiii............
Pepun aku berjaya update blog kan, walaupun ceritanya tah apa-apa jer. Takpelah aku cuma nak cuci mata.

Rasa macam mengidam nak ruang camni dan camtu.........ha!!!Caner???

*Gambar credit kepada google.

Thursday, March 8, 2012

SSM dikekalkan dengan penambahbaikan 13 %

Assalamualaikum............
Berita baik untuk penjawat awam tahun 2012.
Antara intipati ucapan Perdana Menteri:

* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN

Syukur Ya ALLAH....... Alhamdulillah rezeki kita dan anak2 ye tak, so udah2 leh mengusha lebih2 yer, dibuatnya 13% pun dibatalkan !!! Ha........Macamana? Aku ok jer, 13% tu pun dah cukup baik dan banyak..........

Monday, February 13, 2012

@ Wad kecemasan Hospital Bentong

Assalamualaikum......
Seawal pagi ni aku dan suami bergegas ke Hospital , risau betullah dengan Ammar yang cirit birit tak henti-henti. Walaupun dah dua kali pergi klinik, cuak la jugak. Masuk wad kecemasan masuk air jelah.Kesian jer tengok tangan kecil tu, rasa tak sanggup nak tengok masa tu, yang peliknya Ammarnya relax jer tak menangis langsung. HEBAT! Memang hebat anak ummi....
Dia cuma buat muka selamba camtu jer, lagipun dia tengah tidor masa bawak pergi hospital tu, haih tengok mata tu , CENGKUNG jer kan. Ammar cepatlah sembuh sayang......................

Tuesday, January 31, 2012

Filem la sangat kan.....

Assalamualaikum......
Tiba-tiba la pulak rasa nak berbicara kat blog nih setelah seminggu lebih tak update. Cerita???? Takdelah berfokus pada sesuatu pun, memang takdelah apa-apa langsung cuma update jer....................Aci dok???
Masa ni lah pun aku ada masa nak update sebab masa nih lima orang hero di hatiku mengisi masa dengan aktiviti petangnya dengan pelbagai game samada di gelanggang futsal ataupun di dewan. Manakala umminya pulak duk bergelanggang di laman internet.
Sungguh sunyi....................Sungguh sepi........................Dan aku pun>>>>>>>> Wah dah macam bikin filem la pulak. ngeeeeeeeeee............
Sorilah kalau ada yang terlayan blog aku dengan cerita yang tah apa-apa nih.
Daaaaaaa Diiiiiiiiiiii Duuuuuuuuuuuuu......

Saturday, January 21, 2012

Soal hati hanya Allah yang tahu.......

Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:

1."Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2."Orang yang solat belum tentu baik."
3."Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4."Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."



Jawapannya adalah:

1.Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2.Orang yang baik tentu akan solat.
3.Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
4.Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.

*Tazkirah credit to http://mr-tazkirah.blogspot.com/2011/08/orang-yang-baik.html

Monday, January 9, 2012

Dr Ezani juara Masterchef pertama............



Assalamualaikum.....
Terjawab sudaaa kan, gelaran masterchef akhirnya milik Dr Ezani,bagi aku memang sesuai sangat tapi wahidan pun ok jugak. Tapi apa nak buat kan, hadiah tempat pertama ajer, Apapun tahniah buat keduanya.

Bagi aku lak pemanis mulut yang wahidan buat tu terbaikkkkkkkklah!!!!Ramai yang puji. Aku yang setakat dapat tengok jer pun.... rasa tergoda lak.Dr Ezani pulak menu utama dia memang nampak menyelerakan.

Tamat sudah Masterchef yer.........

*Gambar credit kepada google