Thursday, December 24, 2009

Melaka Part 2

Salam semua.....
Part 2 lah sangat kan.......Selepas sehari semalam di Ayer Keroh, hubby ajak bermalam di Banda Hilir, pastilah juga motifnya dekat dengan tempat2 yang menarik jer, malam tu jalan kaki jer ke dataran nak merasa naik menara Taming Sari yang tinggi dan berpusing2 tu.

Mulanya suami macam tak nak naik, tapi aku pujuk juga dia pun naik jelah kan. Oklah....aku ingatkan takut naik menara tu rupanya biasa jer tapi gayat lah sebab ketinggiannya mencecah 80 meter.Duk kat atas tu dalam 15 minit barulah turun ke bawah semula.......Takdelah gambar sangat sebab takut nak bergerak2......dibuatnya jatuh.....haih.Tak tahu nak katalah......haha.
Inilah permandangan Bandaraya Melaka dari atas Menara Taming Sari. Cantik sangat!!!!!!!Memang berbaloi2........hihi.Banyak tul lampu2 dan dari jauh tu adalah eye on Malaysia di Melaka.

Gambar tu pulak adalah kemeriahan beca2 yang berwarna warni, aku tak naik pun sebab dah lapar masa tu.Memalam buta pun meriah giler lagik.......Kami pergi makan kat tepi sungai sambil tengok cruise yang duk pusing kat sungai tuh.....Aku teringin jugak nak try tapi malam nih takut juga.So esuk jelah.......lebih sesuai gitu dengan anak kecik.Lepas makan sempat lagi lepak kat tepi sungai tu lihat keindahan bandar Melaka. Sayang lak gambar takde sebab bateri kamera dah low sangat.
Ini pulak adalah gambar aku dan Ammar kat lobby Hotel tengah layan FB katanya......Tulah ingat nak layan FV sedas dua....tapi sangatlah slow giler.......

So itulah jer Melaka Part 2.........Nanti aku akan buat n3 part 3 lak k......
Haih mengalahkan novel hahha. Sajerlah ini kan diary aku untuk dibaca dikenang pada masa akan datang......So jangan jemu k layan gambar aku ini.....BYE!

2 comments:

DrSam said...

selamat bercuti dan bergumbira bersama keluarga.

♥Azie♥ said...

naik malam lg best yer akak..cantik permandangan .xla gayat sgt sbb mlm xnmpk bawah...azie naik menara tue jakub sungguh siap menjerit lg sbb azie gayat akak..