Monday, April 6, 2009

Baru isi borang...

Salam semua....
Aku ni baru jer punya sedikit semangat nak further study....hihi. Aku kata sedikit coz dalam hati tu cam berbelah bahagi teramat.Dalam pada tu aku dah online dan borangnya udah diproses pun. Ala hantar je...belum tentu dapat pun...kalau dapat Alhamdulillah .... tak dapat pun Alhamdulillah juga.

Benarnya dulu2 aku cam rasa biar jelah aku takde ijazah pun. Pastu memikir jugalah...tambahan pulak ramai jugak kawan2 yang menggalakkan aku tuk sambung belajar nih.Best friend aku masa maktab tu dulupun ramai dah belajar pun. Sedikit sebanyak aku rasa tercabar juga...hai tak boleh jadi nih. Dulu aku dah berpakat nak kerja 5 tahun pastu nak ambik ijazah lak.Kononnya nak jadi pensyarah tuuu....hihi.Last2 dah lebih 10 tahun aku camtu gek...nan ado hasil pun.

Macam2 alasan aku bagi...pasal anak lah, susahlah, tension lagi pastu takut tak boleh nak bahagikan masa dengan keluarga lagi, pendek kata macam2 duk fikir...fikir, Yang orang lain gi belajar tu dah tahun kedua, ketiga pun...aku?????...camtu gek...

So kali ni aku mencuba nasib buat kali kedua.....doakan aku ye...

Sunday, April 5, 2009

Ahad ini...

Mula2 pagi ni aku dah suruh suami aku pergi pasar beli bahan untuk aku masak ari nih. Bersilat kat dapur weh dengan ammar lagi meragam nih. Suami aku mintak aku masak ayam percik yang dah lama noooo aku tak masak.Masak kuah dulu pastu baru aku bakar. Berpeluh2 juga. Nape aku nak membakar2 ni hah.....sebab hari ni sil aku Sal dari kl nak datang ...dan cadangnya nak ajak pergi piknik kat air terjun chamang. Aku masaklah sikitkan.... nanti dah puas mandi boleh makan.Tapi tulah gambar kat air terjun tu non ado lah pulak. Sebab aku lupa bawa kamera....muahhaha.
Emmm...gambar ubat nih. Sajelah nak tanya ada tak kawan2 pernah beli. Aku pun baru beli tadi sil bawakan dari kl. Entahlah....aku pulak kan beli jelah. Tak salah mencuba. Harga rm40 dan ada dua botol. Satu untuk cerdik mathematics dan science dan satu lagi untuk memory.Baru beli so aku tak tahu lagi kesannya. Nanti2 kalau aku rajin aku up date pulak pasal keberkesanannya ye...cewah2 mentang-mentanglah adik adi putra ni cerdik so nak lah anak cerdik jugakan. Coba jelah.Dengar cerita kan masa mengandungkan adi putra ni mak dia bermimpi jumpa dengan nabi. Betul ke idak tidak lah aku pasti ok.Eh, cam kenal je tuh....ammar putra ke ha??!!hihi.

So lepas piknik kitaorang pun borak2 pasal langsir, pasal perhiasan English baru lagi...hihi.Tapi sorilah aku tak mau tunjuk kat sini sebab I kan tak suka nak menunjuk2. Nanti korang boring lak....takde kerja lain ke si mektie nih kan..Bak kata biras aku.... inilah barang mainan perempuan....haha!!! tergelak aku. Emm betul ke???

Buat teman aka adikku Azie...


Ada masa so aku buatkan pulak header buat adik azie. Actually aku dah kenal azie ni agak lama juga....cewah..lama ke azie. Yelah time mula2 jadi blogger dulu. Azielah bagi info kat aku cara nak tukar layout gitu..maklumlah masa tu terkial2 nak cari layout yang cantik cam blog orang lain jugak.... tengah semangat nak mencantikkan rumah...hihi.

Ni kira sebagai kenangan buat azie dan keluarga dari ktie. Harap azie suka k. Apply cam biasa kat layout klik pada header. Rasanya azie pun tahu camner nak buat kan.Copy jelah dan save kat mana2 folder.

Saturday, April 4, 2009

Header buat sal


N3 kali ni untuk memenuhi permintaan sal yang duk tanya aku pasal header yang boleh letak gambar tuuuu....Aku pun benarnya baru je belajar buat nih.

So, Sal kalau sudi amiklah header ni yeee.....esok kita jumpa boleh borak lagi. Insya Allah kan bertemu esok kan....kan. Letak cam biasa tuk header dan fix kan k...cubalah. Kat layout juga tapi klik kat header.Copy dan save header ni dulu kat mana2 folder pastu baru apply kat layout.

Friday, April 3, 2009

Layout baru yey........

Salam....
Aku ni benarnya bukanlah pro sangat tapi setakat ni aku banyak gunakan background kat laman web di bawah ni.
http://thecutestblogontheblock.com/

Ni pun atas permintaan De sal yang dah fening lalat dengan layout nya tuh hihi. Tapi sebelum tu kena tukar layout pada minima template dulu pastu baru apply. Aku rasa guna yang ni lebih senang copy kod kemudian pergi pada add gadget dan cari edit html dan paste. Pastu tunggu jelah kan.... Bila dah jadi tukarkan warna font mengikut kesesuaian warna dengan layout yang baru nih. Mesti tau kan kat mana, pada layout klik pada font and colour....kalau tak silap akulah.

Aku rasa ramai yang dah arif kan....sajelah nak kongsi info dengan sapa2 yang teringin nak tukar layout macam sal nih. Kat talifon susah nak cakaplah sal.....selamat mencuba. Kalau tak boleh juga sms ktie ye..........wassalam.

Thursday, April 2, 2009

Suara-suara itu....

Tahniah tie!!!terima kasih kak....rezeki anak2. sejak 2 hari ni itulah ucapan yang sering tiba.Tahun ni rezeki aku dengan 4 orang guru dapat anugerah cemerlang jangan salah faham ekkk , bukan anugerah yang ada apa2 gelaran pun. Alhamdulillah. Aku hanya cakap camtu jeeee... malas nak beriya2 macamlah bagus sangat padahal orang lain pernah dapat juga.

Kalau orang lain mahu bergema suara menyatakan tentang tugasnya yang banyak tu atau betapa bagusnya dia dalam melaksanakan tugas....katanyalah kan..... Habis yang tak dapat tu adakah buat kerja tidak bagus..kalau dengar je kata2 dia cam orang lain ni takde kerja lak.

Bagi aku tu semua rezeki masing2. Lambat atau cepat bukan ukurannya. Adakah orang yang baru berkhidmat 2,3 tahun dapat anugerah tu memang betul2 cemerlang??? Mungkin ya.....mungkin juga tidak.Atau adakah orang yang berkhidmat 20 tahun lebih tu tak berapa nak bagus sebab lambat dapat cemerlang. Seolah-olah sebelum ni memang tak cemerlang langsung lah pulak.

Kadang2 aku perhatikan guru yang terbongkok2 kelas tambahan, dengan mesyuaratnya lagi, datang sekolah, buat kerja panitia pun orang tak nampak. Sebab apa sebab dia buat kerja tak dok sebut3 @ war3 tentang kerja dia tuh baguslah.Sering juga orang yang sama juga merendah2kan orang lain agar nampak orang lain tu pulak kureeeengggg....walaupun kerjanya tu sama je dengan orang lain cuma ributnya lebih.Bagi aku yang penting ialah kerjasama.....kerjasama. haha macam wonder pet la pulak.

Jadi jangan ingat bila dapat anugerah cemerlang tu cam dia je yang bagus.Adakah aku cakap pada diri sendiri???? heh heh...fikir2kanlah. Apa yang penting co bisnes cikgu nih adalah mengajar.Bagi aku senang jeee. Semua tu adalah rezeki....Alhamdulillah. Agar kita akan rasa bahawa usaha kita selama ini dihargai oleh pihak pentadbir dengan adil dan saksama.

P/s~Nampaknya ramai kawan2 yang kata aku lebih mirip dengan ammar nih....heh heh. TQ U all. Love youuuuuuuu......muahhh. Emm babah, jangan marah yeee.....hihi

Wednesday, April 1, 2009

Ummi ke babah.....

Saje nak suka2 tanya semua nih....
Emm...rasa2 kan,
Ammar ni lebih seiras dengan ummi ke babah???
........
........
........
........
apa?????
ummi........perasan sendiri ok.
Kalau ada mood nak layan aku...
komen sikit ye kawan2 ku sayang...cewah!!!
Dan2 tu mengaku sayang haha....
ummi ke babah nih,
ummi ke babah.....emmm ummi ke ummi....hihi