Tuesday, November 9, 2010

Hujan, ribut,petir di pantai timur malam ni

Hujan, ribut petir di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu malam ini

09/11/2010 6:14pm

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.

Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Tulah kan, sedar tak sedar dah hampir sampai ke penghujung tahun, musim tengkujuh yang sering mengundang banjir, seperti di beberapa buah negeri di pantai timur.Semoga kita semua bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada negeri di sebelah utara nun, bersabarlah yer......Moga semuanya akan beransur pulih seperti sedia kala.Jagalah keluarga anda di musim banjir ini semoga tidak mengundang sesuatu yang menyebabkan kehilangan nyawa pulak.

Wednesday, October 27, 2010

Tips memujuk..........ececeh!!!!!

Salam semua......
Apa khabar????Aku tak sihat laaaaaa..... Esok kawan2 kat sekolah nak buat Potluck, tapi aku rasa cam pening sangat nak memasak.Tengoklah macammana......Kalau aku tak masak pun still boleh makan makanan yang kawan2 bawak kan...........kan.HIKSSSS...

Saje terajin nak update pasal nak share tentang tip yang sangat berguna bagi kita ibu2 bapak2 siapa yang punya anak.......Lari tajuk sudah..............muahahaha

Tips ni dari seseorang yang educated jugakla..... Maksudnya educated yang amat semula jadi gitu bukan dari ijazah luar negeri ke hape tau......

Ok2..........Kalau nak pujuk seseorang yang kita sayang sedang menangis kan...SENANG jer!!!!

1.Lapkan air matanya dengan penuh kasih sayang sambil kata tak nak la nangis.....
2.Letakkan jari telunjuk pada mulut sambil cakap Syyyyyyyhhhhhh....... Suruh dia diam..
3.Kalau tak jalan jugak buat2 muka sedih macam kita nak menangis jugak..... Last2 yang tukang pujuk tu menangis lagik kuat dari orang yang sedih......boleh gitu???????

Wah!!!!!!!Ok tak tips nih, dibawakan oleh profesor Ammar yang sedang memujuk umminya yang menangis sambil tengok cerita kat TV3, Ala cerita yang Shiela Rusly berlakon yang akhirnya mama dan 3 anak lelakinya mati kena bunuh, SEDIH wooooooooo....... ( aku adalah lupa benorlah tajuk cerita tu )Nanti aku tanya prof dulu ekkkk...... kihkih.

Last2nya adalah Ammar yang menangis sebab dia memang tak boleh tengok ummi menangis. SWEET kan..........huhu.

"KITA AKAN HANYA MENGHARGAI BILA INSAN ITU TELAH TIADA"

Jadi hargailah insan2 yang kita sayangi...

Bila keinsafan tiba disaat segalanya sudah terlambat........SEDIH KAN!!!!!

Tuesday, October 26, 2010

Teluk Chempedak & Gambang Water Park Resort

Salam semua......
Jab2 aku nak kemas blog aku yang dah bersawang giler........... ekekek.Takde kemana pun tuan dia, ada jer.......sihat juga cuma selsema sikit. Cuma bila malas nak update tu camtu lah.Mai jer rajin tu pulak, ha!!!!Macam2 pulak aku terajin nak cerita kan, kalau boleh semua yang berlaku kat dalam rumah pun nak blog.Teeeeeeeeeetttttt..........hikhik.

Ok2, terlebih sudah panjang intronya..... Cuti baru nih dapat penginapan free kat gambang water park resort. TQ buat Ifah dan Azman Yaman kerana menawarkan percutian yang sangat bermakna time cuti2 di hujung bulan ini.hikhik. Kaktie sekeluarga sangat berterima kasih tau, cuma frust ingat nak belanja fah n family kat Satay Zul yang sedap tu tapi macam kekangan lak.Mana nak contact tak dapat pastuh dengan babah yang tak senang duduk cari kedai makan yang ada channel Arena nak tengok bola antara kedah dan Kelantan lagik......huhu.Nasib baik menang kalau tidak kena bebel dengan ummi laaaaaaaaaaaaa....

Lepas check in dalam kul 12 lebih tu, duk berehat dalam bilik jer. Petang nanti baru jalan Kuantan. Sempat gek lah pergi TC dengan Fah dan keluarga.Tak mandi laut pun, sebab tak bawak baju. Masuk kereta Ammar dah mengamuk nak mandi laut.Layan gambar yer...... Babah duk Talifon Azman nak tanya duk kat mana tu....hihi.


Esok tu barulah pergi water park dalm kul 10 pagi, buka jer terus beli tiket, Dekat RM100 juga nak masuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.

Banyak replika penguin la, dan temanya juga adalah penguin jugak.Kat sini sesuai untuk kanak-kanak. Bestla Ammar dan abang2 nya tuh. Tempat mandi dia pun banyak tempat dan game yang berlainan. Siap ada pasir lagik dan kolam ombak yang sangat kuat. Duk atas pelampong macam dilambung ombak ganas gitu.......Yang ni aku tak try.



Kolam untuk dewasa dan kanak2, disebabkan Ammar berkeras nak mandi kat sini terpaksalah aku membasahkan badan mandi gek. Dah masuk tu best la pulak, pastu macam2 pulak games yang aku cuba.

Kat gelongsor kena guna benda alah tu, apa tah namanya hahaha..... Tinggi giler, budak2 nih tak takut langsung, dapatlah dua kali naik, cuba semua kan, alang2 dah bayar,,baru berbaloi2.Duk meniarap atas tuh.......Haih kalau akulah tak ingin nak cuba.Ada dua tempat gelongsor dengan pelampong lagik kat atas nun tapi kena naik bukit tinggi sangat. Aku cuba sebab nak bawak Ammar yang macam biasalah menangis sebab nak ikut abang, Babah lak tak bawak seluar.....RUGI3!!!!!!
Ini pulak berpelampong hingga ke dalam gua buatan yang ada asap ,sejuk siap ada air yang menitik lagik. Macam2.........Kali ni memang ummi yang nak naik ok, sila jangan salahkan Ammar.wakakakka.........

Pendek kata memang bestlah pada kanak-kanak. Sesiapa yang belum pergi boleh rancang percutian.Cuma kalau nak menginap kat sini mahal la, dalam RM300 lebih la apartment dia ada dua bilik.Sangat selesa......Yang lagi mahal pun ada. Macam2 aktiviti jungle tracking, ada main games pusing2 tu, ada permainan tembak2 bagi yang suka aktiviti lasak. Masa aku pergi hari tu ada 3,4 group yang buat family day, So penginapan adalah penuh.

Saturday, September 25, 2010

Wing chair idaman hati......huhu


Salam semua.........
Mabuk2kah?????Ada loya2......Hish!!!!Tak adalah......Saje kepala otak ni mengidamkan sesuatu la pulak.Ada hari tu masa aku lalu kat kedai perabut nampaklah wing chair macam nih, dalam hati.....FUH!!!!!!Kat bentong pun adalah kerusi nih....Aku pun dengan suara yang paling merdu.......mengusha2kan kat babah.Babah kata nantilah tie.....

So aku pun menanti hinggalah hari ni babah ajak pergi......SURVEY je pun hikhik.Tanya kat nyonya tu dia kata ada orang dah ambiklah.....So cam frust jer sebab tak dapat cuci mata.Dia kata kalau nak kena tempah dulu baru dia order, boleh pilih corak kain yang kita mahu.....Oklah tu kan, tapi bab harga tu macam tak oklah sebab harganya enam latus linggit maaaaaaaaaaaaa.......

Antara gambar yang aku google kat internet.Sweet giler dan ada macam2 jenis rupanya wing chair ni yer....Harganya pun tak sama. Berdasarkan material kain dan kualiti.Corok polos jer cantik jugak letak lak kusyen corak english kan.....

Putih nih pun cantik kan, Cuci mata jelah. Aku ni tak tahu sangat tentang wing chair nih.Sesiapa yang ada pengalaman, tahu tentang belian terbaik wing chair nih boleh komen mari naaaaaa.... Bagi aku tentulah wing chair yang corak munga2 rose tuh tapi corak kotak2 pun ok kut,lagi ok kalau warna pink..................huhu.

Sila kumpul duit dari sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha...

Wednesday, September 15, 2010

Raya di Temerloh la pulak....

Salam semua....
Apa khabar ? Harap-harap semua pun sihat yer .Mungkin ada yang dah mula kerja kan. Takpelah.....sambil kerja bawa kuih raya ker, buat potluck ke, beraya kat pejabat lak, ok juga tu.......hehe.Aku masih bercuti hingga esok.Alhamdulillah la....walau hanya duduk kat rumah je tapi sukalah boleh rehat lagi.......

Ok2.... aku ni sebenarnya nak bercerita pasal raya kat Temerloh pulak......Masih mood raya la katakan. Haruslah cerita raya tak habis lagik. Kalau raya pertama kat kelantan, raya kedua kat jalanraya( perjalanan balik bentong la tu), dan raya ketiga barulah dapat balik kg aku kat Temerloh.Itupun beraya kat rumah kakak 2, mak sedara jer, maklumlah anak yatim piatu memang macam tu.......huhu.

Tapi tulah........raya kat Temerloh tapi gambar makanan la pulak...... hahahaaha.Best sangat!!!!! Kak ngah dan abang ipar aku masak nasi beriani la.......Memang sedapla kaedahnya lebih sedap gitu dari nasi beriani kedai mamak tau......FUH!!!!!! Dah la makan bertambah, kul 5 gitu sebelum balik makan lagik, siap tapau untuk makan malam karang lak........kihkih.Terima kasih ngah......
Ada jugak gambar budak kecik ni sambil dilayan oleh babah kesayangan dia tuh....... Ummi dia kejab2 hilang, melayan tetamu la katakan, TIPU!!!!!!!!!!!!!! ke melayan perut je lebih, sebelum balik basuh pinggan dulu, taktik nak tapau nasi beriani la tu hikhik.....

Oklah......pasnih takde dah kut n3 raya.Ramadhan dah berlalu.......raya pun dah masuk hari yang ke enam....Alhamdulillah SYUKUR, masih di sini diberi peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dan tanggungjawab.........

Saturday, September 11, 2010

Di hari raya yang pertama.............

Salam semua.......
Wah, wah ................hari raya kedua sudah update blog bagai.hahaha.Pada hari raya pertama kali ni mek request nak berjalan ke rumah kak dah nak melihat cicit katanya.Kami berkonvoi dengan 3 buah kereta aku, su kak dan cik sah sekeluarga.

Sebelum tu singgah dulu kat rumah kakak ipar aku kak yah yang tinggal di jaya dulu.So antara gambar yang dapat aku kongsikan disini.....adalah the heroes of purple.Hehe...Tema yang purple, sama pulak dengan Cik sah dan keluarga kak yah....dalam versi pelbagai tone warna purple.

See......Keluarga cik sah dan keluarga mektie......Gambar ni adalah semasa beraya di rumah kak yah di Jaya. Dapat makan nasi dagang tu.....Alhamdulillah.Inilah rumah yang pertama kami beraya pada hari tu....
Meneruskan perjalanan ke Banggol, PCB pulak iaitu rumah kak dah.Makan...makan lagik, kali ni ada satay pulak bersama koktel tu.....sedap laaaa.....Tengok tu semua pun senyum jer kan, maklumlah dapat makan.....hehe.

Terutama Cik puan kembar su kak dan su adik tu. Dan cik sah yang manis termenung dalam senyuman. Agaknya teringat kat keluarga kat Seribong kut....

Yang paling vogue mestilah cik tie dengan kakak ipar berdua tu kak dah dan kak pah. Kak Pah ni pun kebetulannya sampai jugak ke rumah kak dah masa tu, So meriah lah sangat....
INilah Mil aku yer, sedang memakai jubah dan tudung yang aku belikan, mek kata sebenarnya ini adalah warna pilihan aku....agaknya dia tak berada berkenan kut warna coklat macam tu, so aku kata kat mek nanti kita beli pulak warna merah ke hijo ke.......BOLEH GITU????????hihi.

Dan gambar yang sebelah tu pulak mak datin saripah orang kayo Kedai Lalat, banyak tul duit....Cepat3 budak-budak berbaris yo, cik Pah nak bagi duit raya......

So. itu jelah saatnya beraya di hari pertama di kampung Suami di Kelantan, nanti kalau aku rajin aku update pulak cerita raya di Temerloh pulak yer.......

Friday, September 3, 2010

Kad raya buat semua....Ambik la yer

Salam semua...........
Sedar tak sedar dah tiba ke penghujung Ramadhan kan......
Itu bermakna syawal bakal menjelang tiba...

Dikesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya kepada semua teman yang dikasihi. Moga Syawal ini akan menemukan kesyukuran dan kasih sayang yang berpanjangan.......

Raya pertama kali ni aku beraya di rumah Mak Mertua di Kelantan, Insya Allah pada hari raya yang ketiga baru berkesempatan untuk pulang berhari-raya bersama keluarga sendiri pulak....

Pada yang masih berkonflik dalaman tentang lokasi beraya tu, bawak2 lah berbincang elok2..... Raya dimana pun ok jer asalkan bersama keluarga ye tak?????Hehe...( ayat pujuk hati sendiri)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...............

P/s~Pada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya.....