Wednesday, January 7, 2009

Berhentilah menangis ... huhuhu

Hari ni hari yang ketiga persekolahan, aku dah mula kenal anak2 aku tahun ini, ada seorang anak tahun1 yang teramatlah problemnya... aku pun baru pertama kali masuk kelas tu... so guru kelas dah siap wasiat macam2 sebelum meninggalkan kelas. Aku pun masuk nampaklah murid yang berjuraian air mata, adeeeeeh...

Aku cuba slow talk dengan dia... bla bla bla... tapikan dia asyik sebut mak..mak. sabar2 ok, aku tengok dia macam tak faham je... so aku speaking london la plak. Akhirnya menjadik... rupanya dia tak reti bahasa melayu, aku teruskan mengajar... cuba buat2 tak nampak agar dia tak dilanda perasaan sangat kan... tapi tulah kadang2 menangis... bila aku suruh duduk dia duduk ler.Bila tiba angin sedih dia akan tarik tangan aku sebut mak...mak. Aduh laaaaa... aku cuma cakap , good girl , dont cry ok, never mind, sit down and BLA...BLA.

Tiba2 dia mintak nak pergi toilet... aku bagilah kan... karang tak pasal2 terkencing pulak kat dalam kelas. Aku suruh kawan dia temankan... lama aku tunggu tapi tak masuk2 pun budak nih... aku mulai risau takut2 dia lari pulak...Aku pun cari satu sekolah dan jumpa dia kat kantin. Sambil aku pujuk tu... aku kata nak bawak dia jumpa mak barulah dia senyap dan ikut aku masuk kelas balik. Adeeeh... kena pandai ayat jugak ni nampaknya...

Baru hari ketiga nih...dah macam2, tapi aku kagum dengan guru kelas tahun 1 yang sangat sabar. Memang sabarlah... layan murid supaya dia tidak menangis lagi. Aku yang cuma masuk kadang2 pun dah gelabah... maklumlah dengan anak murid aku boleh sabar lagi. Kalau anak sendiri memang tak boleh sabar dah. My hubby selalu cakap..... Tie nih kalau dengan murid ok jer... kalau mengajar anak sendiri menyinga bukan main. Entah lah... memang aku tak boleh sabar ajar anak sendiri rasa tak puashati kalau anak lambat faham dan menangis .

Harap lepas2 ni semuanya kembali ok, kepada ibu bapa yang ada problem anak menangis... banyak lah sabar, mereka dalam proses nak menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan pembelajaran pastinya.

Harap korang tak boring dengan n3 sekolah je aku ni kan ... kata blog cikgu... hehehe.

Monday, January 5, 2009

Apakah aku???????

Hari ni aku ....
sempat surf juga...
Singgah blog korang...
Tinggal jejak seadanya..
maaf le pada yang aku tak sempat sapa...
Juga tag yang belum sempat aku buat...
Kerna aku terlalu sibuk dengan tugasan...
Aku sibuk ok...mungkin lepas settle semuanya...
....aku boleh up date cam biasa....mungkinkah????

Harap korang tak rindukan aku lor...heh..heh. Perasaan la pulak.
SORI ALL....
I'm back to bz laaaaaah... See u.

Sunday, January 4, 2009

Char kuew teow goreng kerang

Bangun pagi bla...bla..bla...blog...blog...blog...haha. Aku kemas2 rumah, anak dan suami masih tidur lagi ... maklumlah cuti kan. Aku biarkan aje... tapi bila dah bangun mesti mandi dulu ok.

Hari ni aku dan suami merancang nak pergi sekolah buat touch up kelas kali terakhir sebelum buka sekolah esok. Satu family duk kat sekolah dan sunyi sepi je, ada juga cikgu 2,3 orang yang duk sekolah. Tapikan my HM pun duk sekolah juga... masa aku sampai tu dia tengah angkat pasu kat sekolah. Ha!!! kau... tak reti2 lagi ke. GB pun buat kerja tau... aku terus ke kelas, sampai pukul 1 lebih juga lah aku balik.

Balik tu terus g makan kat KFC dan beli barang dapur, rasa teringin pulak nak makan mee teaw goreng. So petang tu aku pun memasak lah ye... sessi memasak dengan aku ok.

Aku memilih untuk gunakan kerang dan sotong sebagai ramuan .... mula2 mestilah masukkan cili kering blend campur bawang putih,merah serta sos tomato dan kicap masin.

Kemudian masukkan fish ball, sawi dan togel.... tapi kalau korang nak campurkan sayur lain pun takpe kut. Ikutlah sesedap rasa masing2. Cewah dah macam chef lah pulak.



Biarkan semua ramuan tu masak, masukkan pulak mee teaw tu tadi... gaul rata supaya sebati rasanya dan......

Apalagi....nyam nyam. Siiiiiaaaap cuma tunggu untuk dimakan sahaja. OK n3 kali ni petang yang indah bersama aku dan mee teaw goreng hahaha. Kalau rasa teringin silakan lah ...jangan malu-malu ok...

P/s~Lepas ni aku nak masak siakap masam manis tuu... atas permintaan suami aku ler...

Back to school

Finally ... hari ini datang juga, kenapa dengan hari ni????? Hari gaji? bukan.... (aik kenapa hari gaji yang aku tulis dulu ar heh heh), hari jadi?....pun bukan, hari merdeka?....lagilah bukan. Hari.... hari.... ahad la ofcoz.hihihi. Bermakna hari ni hari terakhir aku bercuti ok.

Sekarang masa untuk berkerja sebab esok adalah hari pertama persekolahan bagi semua guru dan murid. So aku kena bersedia fizikal dan mental. Walaupun aku mengajar dah bertahun2 tapi masih rasa berdebar2 je nak pergi sekolah esok... Back to school... yeah, Bukan hanya untuk murid tapi juga untuk guru2 ok terutamanya aku lah kan. Antara debaran yang mungkin dihadapi....

a.Debaran seorang guru yang akan berdepan dengan pelbagai pihak kpm,jpn,ppd dsb. Biasalah hari pertama kenalah pantau dulu.... dari segi tugas pulak biasalah... mengajar tu kan memang co bisnes guru... so masuk kelas otomatik mengajar ler... takkan tak reti2 kut.
b.Debaran murid tahun 1. Yelah tentu saje begitu kan.suasana baru dan segalanya baru tambahan pulak kena berdikari, mana nak takut cikgu garang lagi.... walaupun guru tahun satu ni baik2 belaka tapi tulah setiap tahun mesti ada yang menangis.
c.Debaran seorang ibu/bapa, sehingga ada yang sanggup menunggu anak di tepi kelas walau telah diminta tidak berbuat demikian. Biarkan anak berdikari... Macamana guru nak mengajar kalau mata si anak asyik memandang keluar aje. Mana lagi ada murid yang terkenc...tuuut, terber...tuuut lagi... Itulah yang dihadapi oleh guru. Menjaga kepentingan anak murid, anak sendiri lak kat kelas pandai2 ko lah....
d.Debaran seorang ketua yang mengharapkan agar hari pertama persekolahan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kontrovesi.
e.Debaran pengusaha kantin.... sebab hari ni duit banyak masyuk..... hehehe. Macam tu pun berdebar ke???? heh heh.

Itulah yang aku dapat andaikan... sebab aku juga dulu seorang murid, ibu bapa dan guru. Jadi aku faham situasi tu semua. Cuma sebagai GB tu mungkin tidaaaaak....hehe. So, kepada semua warga sekolah semoga hari pertama dan seterusnya ini suksess ok.

p/s~Selamat menempuh alam persekolahan buat anak2 malaysia... kepada ibu bapa jangan lah terlalu risau, berbanggalah... kerana telah bermulanya satu episod dalam kehidupan mereka untuk meneruskan cabaran yang seterusnya.

Saturday, January 3, 2009

lawak hari sabtu

Aku terbaca lawak ni kat blog kawan aku nihah.... Bandito nama eh, tergelak sakan aku.... . Mungkinkah ada cikgu yang begitu hihihi. Mungkin.....

Memang kadang-kadang teguran dan kritikan murid sangatlah ikhlas, mulanya memang rasa nak marah tapikan pastu tergelak sorang2. Sebab memang betul pun haha. Mereka cuma menyuarakan apa yang dia nampak pada seorang guru. Maklumlah budak2 tak pandai nak cover2 gitu.

so kalau korang nak tergelak sama joooooooomm... kita layan. Korang juga bolehlah baca kat blog dia ya...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Aku yang keletihan

Hari ni aku meeting lagi, mesti korang boring asyik cerita meeting meeting meeting je... tapikan aku lagi boring tau... Dapat ketua baru... corak pemerintah baru, walaupun aku masih dalam portfolio yang sama... adeeh macam menteri la pulak, kemain la aku yee... tapi tulah tugas di sekolah sama pentingnya juga.

Siap meeting dalam pukul 11.00 tu, kenalak sign jadual lah, ambik alatan kelas, buat jadual waktu, motto kelas lagilah belum siap... hee banyak tu, pastu aku kena lah pulak pastikan meja kerusi cukup untuk murid kelas aku nihah, Semua memang lah kena lengkap supaya bila murid datang sekolah semuanya dah ready untuk mereka belajar dengan selesa gitu....

Balik rumah dalam pukul 12.30 tu dapat pulak mesej dari kakak yang nak buat kenduri arwah kat rumah dia, So lepas siap2 semua tu aku pun berangkat lah pulak kesana, sampai dalm kul 8.00 malam jugalah. Rupanya tak ramai orang yang tolong dia so aku pun ligat la buat itu ini lor..... lotih den, aik pasal aku cakap nogori lak...entahlah.

Aku letih teramat tau... sampai rumah aku dalam pukul 12.30 malam. Adeeh la... mata pun dah tak boleh angkat lagi... selepas semua my hero tido... aku teringatkan sesuatu.... apadia hah??????? Aku tak hapdet blog lagi.... uwaaaaaa

But still gigih u, sempat jengah blog kawan2 dan up date sikit tentang kesibukan aku hari ni, jangan ingat menteri je sibuk tau... aku pun sibuk nih.... Sibuk up date blog.hahaha.

Ok, aku dah betul2 letih dan mengantuk bla bla bla....hihihi. ZZZZZzzzzzzz......

Thursday, January 1, 2009

SUSPEK utama

Apa yang pelik dengan duit tu ha!!!. Ok kalau nak tahu teruskan cerita di bawah ye...jeng jeng jeng

Aku dah close up gambar tu... ada apa2 yang pelik tak?? Apaaaa takde... korang ni, cuba tengok betul2. Aku nak marah sesangat.... siapa lah yang menyebabkan aku marah nih. Ada berani ya orang itu. Memang nak kena tau... kerugian yang aku alami dianggarkan sebanyak 10 juuuutaa RUFIAH ... banyak tuuuuuu.Adeeeh... bukan rezeki aku lah kan.

Setelah disoal siasat 4 saksi di atas, maka suspek utama telah dikenal pasti berdasarkan bahan bukti yang soheh. Itupun berdasarkan keterangan saksi yang sangat tidak boleh dipercayai. hahaha.

Siap angkat tangan lagi tu....Itulah kerja ammar rupanya. Adeeh la... ummi duk buat kerja dia juga hebat mengerjakan sesuatu. Habis duit aku dikoyak-koyakkan. Ada ke patut????

Berkat usaha babah.... maka berjaya mengumpulkan semua kecuali satu bahagian lagi tu... memang tak dapat dikesan langsung. Entah2 dah masuk dalam perut ammar pun tak tahu... Ammar Ammar.

Tapikan.... apalah yang dimengertikan oleh ammar yang sekecil itu, haruslah ummi yang disalahkan...ok, dush...dush untuk diri sendiri heh heh.

So, ummi.... kalau ammar duk diam lama2... tolong cari ok, mesti ada sesuatu yang menyebabkan dia asyiiiiik gitu. Ingat yeee....

N3 ini adalah tentang aku yang kerugian ok, banyak tu 10 henggit kan... bagi aku la, bagi korang aku tak tahu lah kan. Banyak ke???? ekeke.