Saturday, January 3, 2009

lawak hari sabtu

Aku terbaca lawak ni kat blog kawan aku nihah.... Bandito nama eh, tergelak sakan aku.... . Mungkinkah ada cikgu yang begitu hihihi. Mungkin.....

Memang kadang-kadang teguran dan kritikan murid sangatlah ikhlas, mulanya memang rasa nak marah tapikan pastu tergelak sorang2. Sebab memang betul pun haha. Mereka cuma menyuarakan apa yang dia nampak pada seorang guru. Maklumlah budak2 tak pandai nak cover2 gitu.

so kalau korang nak tergelak sama joooooooomm... kita layan. Korang juga bolehlah baca kat blog dia ya...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

10 comments:

DrSam said...

haaaa..memang kelakar.

ab geldofg said...

hehehehe bgus :)

~~ciklinn~~ said...

wakakakkaakaka kelakarlah... huhuhuhhu linn tanya abg..ada takdia ngaja jadi camni.. dia gelak jerk..

atie said...

Dr sam~ hehehe...

atie said...

ab~tulah ... kadang ragam murid boleh buat kita gelak tau... terutama murid tahun 1.

atie said...

ciklin~ Hai lin... Tq sudi datang, abaang cikgu ek...

meen said...

hahah..meen penah dapat email jokes ni..mmg kelakar kan

atie said...

Betul tu meen, kaktie baca masa mula2 tu tergelak sakan juga...

mama mya said...

muakakaka kelakor.. tapi kesian kat cikgu tue hahaha..

atie said...

Hahaha ... memang kesian kan,