Friday, August 14, 2009

Lega dan Alhamdulillah...

Salam semua....
Dah habis pun peksa....,sukaaaaa....Alhamdulillah.Tapi tulah kena buat asignment lak nih....huhu. Tak kisahlah tuu...

Hati dah lega bolehlah aku jalan kat rumah kawan2 g kutip award yang dah lama aku tangguhkan, harap suziey dan rina tak marah lah ye....hihi. Tahniah buat prince Aqeel yang telah memenangi contest tu yer... Buat mirul tahniah juga sebab punya ibu yang sangat rajin menyertai contest untuk menyokong kawan2 katanya.Menang atau kalah adat pertandingan kan,Mirul tetap prince di hati mummy dan daddy....tak gitu???

Tuesday, August 11, 2009

Kuss semangat....

Salam semua....
Aku baru jer habis jawab kertas English for oral Communication, entah apolah yang aku goreng kali nih, giler punya menghentam, habis semua perkataan yang aku hafal tu aku bubuh kat situ. Harap2 pensyarah bagilah markah aku letih menulis....Adeeeh,

Kepala dah ting tong, berjaga malam study, ini pun aku duk asrama sementara peksa nih, dah 4 kertas selesai tinggal lagi 3 kertas lagi wei.Jangan aku pitam je sudah.tak cukup tido...Doakan aku yer...

Aku rindu kat keluarga....terutamanya Ammar, baru 2 hari....mujur jugak boleh surf kat sini boleh jugak tengok budak Ammar ni bersilat bagaikan. Itulah untungnya ada blog kan, boleh jugak melepaskan rindu kat anak2....

Tak sabar nak tunggu hari khamis nak balik rumah lah.......Oklah aku nak study habis-habisan nih, hahaha....Harap apa yang aku baca kali ada la keluar dalam exam yer....Kalau tidak aku ler yang kena keluar huhu.....

Sunday, August 9, 2009

E eh, Geng bas sekolah laaa....



Salam semua....
Ammar boringlah asyik2 cerita pasal ummi, apakata kali ammar lak update blog ummi nih, ok tak???? Asyik2 cerita ummi belajarlah,masaklah,shoppinglah, tambah bila ummi dah belajar balik nih, asyik cerita dia belajar jer. Boring kan???

Ok kali ni cerita Ammar k... Ammar suka tengok cerita geng Bas sekolah tau..... Kalau pasal silat dia tu Ammar memang pro jek.Tak caya tengok video di atas, ni kisah benar tau... bukan rekaan.Hihi....OK tak ??? Kalau ok Ammar ingat nak mintak berlakon jadi ahli Geng Bas Sekolah la....mesti best kan.Ekeke...

P/s-Minggu depan isnin hingga khamis ummi ada mid term exam tau, doakan ummi Ammar yer aunty2 dan uncle2 ye......Kesian kat ummi Ammar tau.Ammar pun nak doakan tuk ummi gek..... Nanti kalau ummi dah exam ummi tak marah Ammar lagi, sebab Ammar sukaaaa kaco ummi study......huhu.

Saturday, August 8, 2009

Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!!!!...


iLoveMalaysia

This year is Malaysia's 52nd Independence Day! Yay! As always, we will be running a few special campaigns to commemorate this special day.

Stand a flag in front of the house,.. check.
Stick a flag on the car rooftop,.. check.
Put an iLoveMalaysia logo on website to win iPhone 3GS,.. REALLY?

So, jom ler kita masuk contest ni beramai2 k....Sempena kemerdekaan yang ke 52 ni, ambillah peluang untuk menyambutnya sama-sama ok, hidup malaysia kekal aman, kekal damai di tanah air sendiri.I Love Malaysia.

Kepada kawan2 yang nak menyertai contest ni silakan klik sini

Hadiah yang sangat lumayan menanti anda ok,ada 2 iPhone tu......tak nak lagi ke?????heh heh. Kalau nak masuk to sila letak email aku kiman474@gmail.com sebagai Referrer's Email k, TQ.

Moga kita dapat sama-sama menang.

Oklah....aku nak baca buku lak nih. Sempat lagi masuk contest tu....rest kejap otak dah tepu nih.

Monday, August 3, 2009

Layan blues era 1993-96......hihi

Salam semua.....
Layan blues katanya.....ekeke. Sebenarnya aku ada dapat mesej dari adeeQ Eja ajak login facebook, aku pun dah login pun tapi tak pasti cara dia berfungsi. Kata untuk cari kawan lama. Aku cuba2 jugaklah tapi tak jumpa pun. Ada sapa 2 boleh kongsi info dengan aku...... Memang tak biasa tul guna benda alah tuuuuu..... So aku pun godek2 gambar lama, nak berfacebook tak dapat tengok gambar secara manual ajelah. Nanti kalau aku pandai boleh berjumpa dengan kawan lama di maya pulak.
Apapun gambar yang kat atas ni adalah gambar aku lepas minggu orientasi dengan roomate di Teluk Cempedak, masa tu cuma nak release tensen lepas kena orientasi la kan,Oklah jugak seronok.... dan perangai masa tu ofcozlah macam budak2 remaja katakan....hihi.Agak2 kenal ke yang mana satu aku.....Aku ( angah la konon), Along rohaya, adeeQ Eja, Achik Roslida dan Ateh Rozana....tapi takde lak dalam gambar.

Gambar ni pulak adalah kawan baik aku masa sekolah menengah hinggalah ke Maktab, masih ingat lagikan Noli, Aliah, Rohama dan Huda. Memang baik sangat tempat bercerita dan bergelak ketawa. Tapi tulah sekarang ni dah jauh, masing2 dah punya keluarga dan menetap di tempat yang berlainan. Memang dah lama betul tak jumpa. Rinduuuuuu dengan kawan lama. Kalau ada sapa yang terbaca blog aku sapalah yer.....

Giveaway from Cik As...

Salam semua.....
Bangun pagi2 gigih lak nak menyertai giveaway ini walaupun dah amatlah last minute , tulah sebabnya aku pun baru terbaca dari blog blogger mm ler, hihi.Tarikh tutupnya adalah hari ini. So kawan2 jom ramai2 kita menyertai GIVEAWAY DARI BLOG CIK AS NIH.....

Lagi mau tunggu ke??????? Jom ler wei!!!!!!Kalau nak ikut jejak langkah aku sila klik sini

Cantik amat bag ni kan, aku sukaaaaaaa sangat la sebab ( nak komen ler ni).......
1.Corak English style yang the very menawan tuuuuu....
2.Ada pulak warna2 pink kegemaran aku.Pink ke peach tu, kaktie rasa lagi cantik kalau as gabungkan dengan warna purple atau hijau kut.....
3.Rekaannya yang eksklusif dan manis wooooo dipandang mata....aku ler.Pelbagaikan patern bag buat kecik sikit macam hand bag ke.....
4.Sesuai untuk aku yang bawa serba neka mak nenek dalam bag...botol susu, pamper etc.
5.Gabungan corak bunga ros dengan petak tu sangatlah masyuk.
6.Dan yang pasti corak ros tu sama dengan corak langsir kat rumah aku.....wakakakaka, walaupun berlainan warna tapi aku sukaaaaaaaaa...hihi
7.Aku berkenan juga tang Riben tu, tapi cuba as buat riben corak bulat dan mix dengan kain corak ros tu....ok kut....sweet sangat k.....
8.Yang penting sekali free....hihi.Free kan as....kena bayo mampus aku kihkih.

Oklah kepada kawan2 kalau rasa berminat kat blog Cik As nih banyak lagi bag2 cantik yang seumpama dengannya, silalah dapat bag macam ni di Tote Boutique yang menawarkan bag yang cantik pada harga yang berpatutan. Dijamin puas hati.....
Macamana cik As, boleh tak N3 kaktie nih melayakkan diri tuk Giveaway as nih.....
Bolehlah....kan....kan.Ekeke.
Kalau menang Alhamdulillah......
Kalau kalah pun aku kan cuba lagi.....katanya ada lagi giveaway kan...kan.hiks.
Kaktie dah follow and link blog u too k as.....

Saturday, August 1, 2009

Sessi berangan daaaa....ekeke.

Pilihan pertama, hihi....mestilah warna pink yer kawan2.Kata warna kegilaan aku.Kiranya memang minat pink dari kecik nih.....Masa Kahwin dulu pun temanya adalah PINK!!!!!!!!!!!
Masih lagik pink laaaa....muahahahaha.....yang ini confirm kena reject sebab ada minnie mouse. Gila ke apa???????????But still not bad....Sweet sangat kan.
Yang ini aku sukaaaaaaaa , rasa cam tenang jer....boleh lepak2 baca majalah dan otak pun tak serabut. Suka2..... Bayangkan duk kat anjung sambil pekena kopi panas dan goreng cempedak. Sedap kan...kan. EH !Kenapa tiba-tiba keluar goreng cempedak ni ha!!! . Tulah penangan tengok blog ena, aku pun dah teringin nih......Anybody????? hahaha
Putih pun ok....kalaulah ada laman yang luas macam tuuuuuu...... kan senang hero yang empat orang nih nak main sama2 kan, ummi dengan babah pun boleh tumpang sekaki dua kaki gek nih.....hurm.Alangkah indahnya....berangan.....
Oklah bentuk dia.....Bayangkan aku dan family duk main salji, main kejar-kejar dan baling2 salji kat depan rumah. Besh giler wei!!!!!!!!!
Very the Verangan ok....

MOTIFFFFFFFFF????????

Macamana babah?????
Ok tak pilihan ummi. Wakakakaka. Ingat macam beli ikan kat pasar ke????????Emmmmmm......tak boleh ekkkk???? Soalan nak kena lempang nih.....hihi.

TIBA-TIBA.......WOI!!!!!!! Peksa mid term dah tak lama, lagik mau berangan ke?????? Adehhh..... Tolong. Tapi berkesan gek terapi minda aku kali nih.