Sunday, February 13, 2011

Norlia Ghani kena ragut



NORLIA...letak wang dalam sampul surat.

KUALA LUMPUR: “Saya tergamam dan tak sempat melakukan apa-apa,” kata pelakon veteran, Norlia Ghani, 63, menceritakan detik cemas dia menjadi mangsa ragut dua lelaki menunggang motosikal di pusat beli-belah Ampang Park, dekat sini, kelmarin.Menurutnya, dia ditolak hingga tersandar di dinding oleh dua lelaki terbabit yang kemudian meragut beg tangannya ketika dalam perjalanan ke hentian teksi berhampiran untuk pulang ke rumahnya di Jalan Gurney.

Menurut Norlia dia kehilangan sebanyak RM8000 yang baru diambil duit pendahuluan untuk sebuah drama bersiri yang bakal dilakonkannya dan telah pun selesai sebanyak 10 episod.

Haih.....macam dah diekori jer oleh peragut tu kan, tau2 jer dia Norlia tu nak ambik duit.Dan sah2 laginya bila dia hanya ambil sampul surat yang ada duit dalam tuh manakala bag tuh dicampakkan ajer.Kesian Norlia......Duit yang nak diguna untuk membayar sewa rumah dan sebagainya akhirnya diragut.Allhamdulillah keadaannya tiada kecederaan pun, namun traumalah weh...............

Jadi berhati-hatilah ketika mengeluarkan duit. Bila kejadian seperti ini berlaku, ianya adalah terlalu pantas ok, dalam beberapa saatnya aje pun.

*Untuk berita lanjut KLIK SINI @ myMetro

2 comments:

♥Cik Puan♥ said...

takutnya..sekarang nie nak pki gelang tangan emas seurat pun takut.takut kena ragut kan kak tie

atie said...

Yelah, kat mana2pun kena berhati-hati kan azie...