Friday, June 12, 2009

Award mama zana


Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
. 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Got from MAMAZANA ( Aku tahu zana de spot check aku dah ambik lum award nih....hihi. So zana kak tie dah gantung kat rumah k.....)
Mama zana ni seorang ibu pada 2 orang puteri yang cumel,Sedang bercuti tanpa ....kerana mengikut suami katanya kan,belong tu wan zul aje ye...jangan main2 k....Dia juga seorang yang suka masak dan melancung.Ok lagi....emm...nak lebih kenalah tanya mama zana sendiri ye......hihi.
.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
Fakta- Aku anak ke enam dari enam adik beradik....bongsu ler tu,isteri kepada En Wan, Ummi kepada 4 orang hero.....setakat ni lah....haha.
Hobby~Em suka melancong.....spend time with family ofcoz.....
Suka bergossip....heh heh...Nak tahu kan.....sipolan tu....haha.Takdelah I like friend with U all tau....ekeke.
Blogging ler, boleh jawapan tuuu
Memasak......kadang2.....@ jarang2....hihi
Shopping.....terutama barang kesukaan ku.
Beli handbag....tak kira jenama, yang murah pun aku rembat janji hati dah berkenan.
Aku suka memilih baju baby girl walaupun aku takde anak perempuan....cute sangat tau...pastuh berangan kan....Amatlah Ting Tong ok.

.
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
The Blogger Award Friendship goes to
De Sal
FRB
Jivebumz
Ummi Salsabila
Catlina
Cikgu Panji

*Sila buat yer kawan....kalau ada masa ler.Pada yang dah buat ok jelah....Enjoy it k..

Wednesday, June 10, 2009

Gaya inggeris style idaman .... lalalalllaaa






Salam....
Apa pulak cerita hari ni ye...hihi.Saje la kan aku nak tunjuk kat sal frame yang dia beli dulu aku dah tepek pun kat tempat tu......em ok tak???Ok jelah sebab aku malas nak alih2 dah.....Lupa lak nak tanya....Kenapa tak up date sal, sibuk jalan ke????Langsir baru dah pasang lum????

Ni ler frame yang sepasang lagi tu....actually aku dah ubah kedudukan kerusi tu untuk sesuaikan dengan frame tu....Cuma aku rasa lagi cantik kalau letak reben kan sal....apamacam??? Boleh ke nak tempah reben pasnih.....hihi.
Dan Tuannya blog nak interframe lak, hahaha....Bukan senang nak tau, aku memang jarang je ada kan, selalu dibelakang tabir je....kasi laluan tuk anak2.....
Dan lastly....aku beli handbag anna sui baru dengan harga RM25 sajes.....kwang....kwang....kwang.Sebenarnya aku dah jumpa kat kelantan dulu warna coklat so macam tak berkenan.....dah jumpa yang putih aku tak fikir panjang dah...Ambik!!!!!ekeke.

Award kak lina,cutemiut dan Gieyana


Salam ...
I'm sorry ok, lama betul masa yang aku ambil untuk award ni semua.Maklumlah masa tu aku memang tak surf langsung kat kg.Balik sini barulah aku tahu pasal kawan2 yang baik hati nak bagi award kat aku...
Award yang pertama ni dari kak lina.....TQ kak....sangat bagus award ni sebab beserta doa lagi.Tapi yang sedihnya aku tak sempat nak sertai give away tu....huhu.Takpelah kan.....

Award dari Rina Cutemiut ni sebab undi mirul bambam.....Terima kasih ye....

Last....award dari Gieyana sebagai menghargai sapa2 yang undi nureen yang cute nih.Aku memang suka je tengok girl nih....comel sangat!!!

Tuesday, June 9, 2009

Inspektor Sahab....

Salam.....
Mula2...siapakah yang botak ituuuuuuu??????hihi
Itulah Inspektor Sahab yang tak makan saman.Untuk makluman semua....Ammar telah dibotakkan oleh babah sebab rambutnya yang ala2 malu nak melebatkan diri.Harap2 lepas nih rambut Ammar ni ok ler....tapi aku suka tengok dia botak cumellll....hihi.Puji anak sendiri...Aci tak????hahha.

OWH...melalut sudah.Sebenarnya aku nak cerita hari ahad baru ni aku pergi rumah kakak aku, balik tu isi minyak kat Petronas kejab. Pastu Ammar kat dalam kereta ni sibuk main pistol tembak2 macam polis je gayanya.

Kebetulan ada pulak kereta polis datang dan parking kat sebelah kereta aku. Inspektor kenit nih masih lagi duk tembak2 lagi....Sekaliii pak polis tu datang betul kat dia.....Ha ko!!!!!!!dengan seragam uniform dengan pistolnya tulah....anak2 aku yang lain diam je.Tau takut....Ammar selamba je duk tembak lagi.

Ammar pun disoal siasatlah oleh polis tersebut.....cewah!!Ayat macam orang salah jek......ekeke....emm umur bape tahun...itu ini lah dan bergurau dengan Ammar. Tegur dia dan bersapalah dengan Babah...Dia nak tergelak agaknya tengok Ammar main pistol.Lepas je pak polis tu pergi babah kata....Ha tulah adik, tembak lagi dah polis tu datang.....hahhaha.

Ammar buat bodo je......dia tahu apa. Sepanjang perjalanan tu asyik po....po...tembak. Sampai tidur pun pegang pistol lagi.Ammar......Ammar.

Monday, June 8, 2009

Thank you very much SAL....


Salam kawan-kawan.....
Masih bercuti ke???? Selamat bercuti ek.....dan selamat bertugas pada yang kena kerja tu ye..... maklumlah hidup ni kena lah kerja kan, demi keluarga katanya.....Moga apa pun aktiviti happy2 lah selalu k....

N3 kali ni adalah nak tujukan ucapan TQ pada sil aku sal ni lah....sebab bagi hadiah kat aku. Sukaaaaaa.....sapa lah yang tak suka dapat hadiah kan.....hihi.Sal bagi tisu decoupage, pewangi rose( yang sangat wangi) dan bantal love scoot yang sangat cute. Tapi terlupa lak nak snap pic.

Cuma hadiah sempena apa tak pasti lak aku.....Nak kata hari jadi aku...... emm bulan depan.So hadiah apa pun tak kisahlah janji dapat free.....heh heh.Terima kasih sangat2 k...

Berbalik pasal hadiah ni kan.... aku ni tak tahu lagi cara nak decoupage2 bagai nih....So, pada yang tahu tu boleh tak kongsi info dengan aku.....please...Anybody????

Sunday, June 7, 2009

Kuala Besar......Kelantan.

Salam semua...
Cerita masa cuti dulu kat kampung baru ni aku berkesempatan pergi ke Kuala Besar. Tempat nelayan rupanya. Pergi tu pun saja nak kenal tempat je.... takde lah tujuan apa sangat pun. Aku rasa ok tempat dia dan memang banyak ikan yang segar dan harga tu tak pastilah pulak sebab aku tak tanya ..... kata tengok ajekan.....so takdelah tanya2 bagai......hahhaha.Sengal tul.

Permandangan cantik lah....hero aku ni pun sibuk nak turun sebab dia nampak ketam....geram nak tangkaplah tuuuuu.....tulah namanya dak lelaki. Lasak!!! sabar jelah. Ammar pulak asyik sebut nak ndi....nak ndi ( mandi versi Ammar yang pelat...ekeke)

So, dah dapat tengok balik jelah.....lagipun misi sebenarnya nak beli keropok cap kapal yang terkenal sedap tu.... bersungguh je aku cari...hihi.Cakap kat suami...mesti beli jugak bang, sebab esok nak balik. Layankan ajelah supaya mulut bininya tak pot...pet mengalahkan minah kepoh kaedahnya kan. So layan.......

Saturday, June 6, 2009

I'm back...

Salam semua...
Apa khabar semua???Cuti sekolah ni ada yang balik jengok orang tua di kg kan...Harap perjalanan semua lancar dan selamat ke destinasinya yer.Aku Alhamdulillah dah selamat pergi dan kembali semula ke rumah.

Balik pun 5 hari je....sebab suami ada kelas tambahan tahun 6.Anak aku lak cam bengang je muka sebab tak puas main kat kg, tapi nak buat macamana kan.

Lama sungguh aku tak mengemas rumah aku nih.....hihi.Agak2 korang nampak tak sawang2nya. Ok lah nanti aku kemas2 dulu ekkk....

Aku ni biasalah bila balik kg memang takdelah aku nak update blog bagai kan. Maklumlah takde tenet.So aku memang tak surf langsung.Titik.So dah balik ni sempatlah sikit.....Semalam pulak katanya jalan kat bukit tujuh ,Lipis ada lori kontena terbalik melintang jalan. Pengguna jalanraya yang menghala ke Kelantan memanglah blok tokleh lalu.....makan masa la nak angkat kontena mana lagi dengan kereta yang banyak tuuuu....haih. Sib baik aku dulu takde lak kejadian camni.

Tapi tulah adik ipar aku sal terlibat sama. Terpaksa pusing balik dan singgah bermalam kat rumah aku ler....Mujur gak aku ada kat rumah.Suka sangatlah anak2 aku dapat juga jumpa dengan sepupu2 dia.Riuh rendah jadinya.Entah kul berapa dia tidor agaknya.Aku dengan Ammar dah tidor lama dah.....tak kuasa aku nak tunggu.

Hari ni Sal dan keluarga dah bertolak semula ke Kelantan. Kaktie doakan semoga perjalanan kali ni takde halangan dan kirim salam dengan semua adik beradik yer....
Daaaaaaaaaaa.....