Wednesday, January 12, 2011

RMT dan e-kasih

Assalamualaikum semua..........
Kenapalah mood nak menulis takde, aku memang sibuk ditambah pulak dengan hati yang tak senang.Kerja sekolah yang tak habis-habis lagi nih, kalau nak ikut cara yang sah disisi undang-undang(Mandatori) tu, tak terlarat rasanya...........

Setakat kerja yang selalu duk buat tuh pun macam kura-kura membuatnya. uhukhuk. Mungkin sibuk tu ada sikit surut sebab Rmt hanya e-kasih yang layak.Korang tahu tak apa RMT tu yer, RMT adalah rancangan makanan tambahan yang diberikan kepada murid secara percuma dimana penjaganya berpendapatan kurang dari RM400.

Itu bererti permohonan RMT hanya akan dipohon oleh penjaga sendiri melalui online e-Kasih. Ada pegawai yang akan menilai kelayakan mereka untuk menerima bantuan tersebut dan hanya 2 orang yang layak di Sekolah aku nih. Daripada 69 orang yang dipilih oleh sekolah berdasarkan pendapatan keluarga telah tinggal 2 orang sahaja.

Tapi dari sudut hati nurani aku nih memang sedih sebab bantuan untuk murid telah dikurangkan. Itulah risikonya bila mahu menaik taraf negara maju. Apa namanya maju jika bilangan miskin tegarnya terlalu ramai. Tak gitu??????

No komen.....no komen. Yang pasti murid rmt aku tinggal 2 orang jer, KESIAN kan..........

6 comments:

Anonymous said...

salam cikgu

lagi kesian kalau di sesetengah sekolah rmt tu dapat pada murid2 yg tak sepatutnya dapat kan... ~

attyfir said...

salam tie..

takan lah satu sekolah tu 2 org je
paling kurang pun kasi ler 30 orang , rasanya ramai je yg miskin

apa nak jadi le..sedih dgn dunia skrg nie

meen said...

2 org je yg layak? Hurmm tu la kalau ikut sistem online camtu kan..kalau sblm ni kita ada gak boleh guna budi bicara tgk keluarga murid tu.

atie said...

Salam manje, sebab tu guru kena main peranan agar bantuan yang disalurkan itu layak untuk murid kan.

atie said...

atty...yelah ty, nak buat macamana kan, betul tu kalau dah tak boleh sangat bagilah sekurangnya 10 pun ok drpd 2 tu

atie said...

meen, betul tu meen, walaupun kerja cikgu jadi mudah nak pantau murid sikit tapi hati tu rasa terkilan jugalah.