Saturday, January 8, 2011

Siti Nurhaliza @ OPRAH Malaysia????

Assalamualaikum semua..............

Bercerita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang kini bergelar OPRAH malaysia tu..............Ini adalah program terbaru dalam Astro Ria mulai 12 Febuari ini jam 9.00 malam.Program selama sejam itu diterbitkan oleh Global Station SDN BHD. Wawancara pertama Siti adalah bersama idolanya Tun Dr Mahathir Muhammad.Untuk berita lebih lanjut KLIK SINI

PERCUBAAN sulung dan pengalaman pertama - itulah yang boleh dikatakan mengenai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini menceburi bidang pengacaraan pula.

Menerusi program bual bicaranya Siti... Hiburan dan Inspirasi, penyanyi Cindai ini cuba mencabar diri sendiri.

Mengakui personaliti ternama Hollywood, Oprah Winfrey sebagai sumber inspirasi, Siti tetap merendah diri dan berasa tidak layak untuk dibandingkan dengan kehebatan idolanya itu. Beliau berkata siapalah dirinya untuk dikaitkan sebagai 'Oprah Malaysia'.

"Bidang pengacaraan adalah fasa baru dalam karier Siti. Justeru, banyak yang harus Siti perbaiki dan buat masa ini masih bertatih-tatih. "Malah, tak dinafikan Siti memang gementar setiap kali mewawancara namun kena cuba mengawalnya.

"Alhamdulillah, selepas episod pertama dan kedua dirakam, Siti sudah mula tahu mengawal perasaan gementar itu dengan sebaik mungkin. Bahkan, Siti juga menonton program dihoskan orang lain untuk melihat cara dan gaya mereka ketika menemubual tetamu. "Tidak terkecuali, imej juga harus diambil kira. Apapun, bagi Siti keselesaan bergantung kepada diri kita sendiri dan asalkan bersedia. "Namun, Siti bersyukur mendapat pasukan produksi yang banyak membantu menyediakan pelbagai maklumat," katanya.

Menurut beliau, secara tidak langsung ia memudahkan kerjasama dan proses rakaman pun berjalan lancar di Studio Filem Negara Malaysia (FNM) sejak lima hari lalu. Siti juga berkata dalam sehari, dia perlu membuat rakaman tiga episod, sekali gus dan ia sangat memenatkan.

"Bagaimanapun, inilah pengorbanan baru yang harus Siti lakukan. Malah, Siti sangat seronok sepanjang menjadi pengacara kerana minda kita lebih terbuka. "Banyak pengalaman berharga dan baru Siti rasai ketika bertanyakan soalan.

No comments: