Friday, January 28, 2011

TUTORIAL pertama sem 5 2011

Assalamualaikum............
Esok bermulalah tutorial pertama bermakna masa untuk belajar dan berjumpa kawan-kawan. Belajar ni best sebab kita boleh dapat kawan baru yang sama-sama mengerti tentang betapa tegarnya seseorang yang sambung belajar setelah bergelar isteri, ibu yang BERKERJAYA.

Tapi sekali ko dah buat keputusan makanya ko kena teruskan jugak, walau sakit walau pedih kena jugak!!! jugak!!!! jugak!!!!! TERUSKAN hingga penamatnya. Ibarat macam orang merentas desa la kan, kena!!! kena!!!! kena!!!!! lari jugak, kalau pun tak boleh lari still kena jalan jugak hinggalah sampai penamatnya.Eh, tiba-tiba buat contoh merentas desa......hahaha.

Ramai jugak kawan2 yang dah habis belajar nih, disebabkan aku adalah kohot yang terakhir makanya bersabarlah hati menyaksikan mereka2 yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan hati yang sangat PUAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!Diatas pengorbanan yang bukan sedikit selama ini.

So.......jadikanlah ianya sebagai semangat nak meneruskan kelas yer, jangan asyik nak membilang tahun jer....bila nak habis!!!habis!!!! dan habis!!!!! jer. huhuhu.

Sebenarnya tahun ni adalah sedikit lega sebab suami dah habis belajar, so masalah nak tinggal anak waktu belajar dah takde. Kalau tidak dalam kelas asyik talifon anak.... dah mandi ke belum, dah sembahyang ke, makanan ummi dah masak ambik bawah tudung saji, jangan keluar rumah and bla......bla..........bla.

Habis takkan ko nak hantar anak yang sekitar umur 10-12 tahun tu ke pengasuh kut.............So, tak dapat tidak kenalah anak-anak mandiri di rumah dengan pesanan penaja yang tak habis2.

Moga dapat pensyarah yang sangat baik dan memahami...........Alhamdulillah setakat ini pensyarah adalah sangat memahami kerana mereka juga seorang bapa yang berkerjaya.

Demikianlah diari seorang aku....................ekekek, tiba-tiba jer.........

1 comment:

cte said...

carilah ilmu sampai ke negeri cina....semoha berjaya..