Monday, January 17, 2011

Roti Avokado la pulak..........

Roti Avokado

Roti Avokado

Assalamualaikum semua..........

Roti ke kek pisang nih.....Nampak macam menarik jer, sapa yang berminat bolehlah mencuba yer...Lepas tuh ajaklah aku datang makan hikhik.

Resepi dicilok dari sajionline

BAHAN-BAHAN:

175 gm mentega

250 gm gula kastor

2 biji telur

2 biji pisang berangan

1 biji avokado

100 gm kacang pecan/walnut

300 gm tepung

2 sudu kecil serbuk penaik

CARA MENYEDIAKAN:

1. Mula-mula kita panaskan ketuhar pada suhu 190o Celsius dan griskan loyang roti de­ngan shortening (lemak sayuran) dan lapikkan kertas surih.

2. Cincang buah avokado dan pisang dilenyek.

3. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian pecahkan telur, pukul lagi.

4. Masukkan pisang dan avokado serta kacang pecan.

5. Tepung diayak dengan serbuk penaik dan masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam 15 minit.

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kadang2 omputeh memang panggil roti walaupun hasilnya serupa kek.. boleh cuba nih bila musim avocado tiba.. umah makcik akak ada pokok avocado.. tak termakan bila musimnya.. lebat.. akak simpan dulu resepinya yer.. TQ

DrSam said...

firstime dengar roti avocado. Boleh cuba (makan)...

SUZIE APAI said...

owhhh...mcm kek je k ti..

k ti buat ah dulu deh..napok sedap tu

♥ manje ♥ said...

apa rsa buah avokado tu?... erk tak pernah mkn... ~