Thursday, January 6, 2011

Kurangnya minyak.... sebagai satu realiti atau strategi

Kekurangan minyak masak menular ke Manjung dan Perak Tengah

05/01/2011 6:32pm

Kekurangan Minyak masak menular ke Manjung dan Perak tengah.

LUMUT 5 Jan. - Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa negeri kini merebak ke daerah Manjung dan Perak Tengah menyebabkan ada peniaga makan terpaksa menutup kedai mereka.

Aminah Osman yang menutup kedainya di Seri Iskandar, Bota, dekat sini berkata, “Sebagai kedai menjual pelbagai makanan, saya memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak setiap hari.

"Bagaimanapun semua kedai runcit di sekitar Seri Iskandar telah kehabisan bekalan sebelum saya terpaksa ke Sitiawan dan Seri Manjung untuk mencari bekalan tetapi turut hampa,” katanya.

Aminah berkata, usaha mendapat bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit juga gagal. - Bernama

*Kalau sebelum ini hebat diperkatakan di KUala Lumpur dan sekarang dah sampai ke Perak pulak dah.Bagi peniaga kedai makan kekurangan minyak ini adalah masalah yang besar kepada perniagaan mereka.Apa yang pasti kerjaan telah memberi jaminan bahawa minyak cukup di negara ini. BETULKAH??????

Berita dipetik dari Utusan Malaysia Online, untuk berita lebih lanjut klik SINI

2 comments:

meen said...

Kak..tie, pasni kena amalkan pemakanan sihat..mkn makanan bergrill or kukus saja hehe

atie said...

Betul3 kurangkan makanan yang berminyak kan.......