Tuesday, December 30, 2008

Bila aku terpaksa..

Aku ni memanglah tak pandai menilai dan aku juga tak boleh senang-senang nak menelah hati orang lain. Aku bukan sengaja nak menyusahkan hidup sesiapa. Cuma kadang-kadang atas sebab tertentu aku terpaksa meninggalkan kewajaran aku terhadap tugas la pulak.

Bila dah terlalu banyak alasan ... aku lebih suka mendiamkan diri dan berlalu sambil berkata... Takpelah. Ah! kadang2 rasa cuak juga... tambahan lagi bila melibatkan soal anak. Yelah aku cuma memikirkan anak, bila anak aku dijaga dengan baik. Aku pun dah cukup berpuas hati.

Kalau saja aku tidak berkerja... tentu aku boleh laksanakan semua tugas, tanpa menyerahkan anak ke tangan orang lain. Itupun kalau lah kan. Tapi realitinya tidak macam tu..

Tak aku nafikan pengasuh.... opps... aku dah tersebut la pulak...Agak2 la kan , mana tahu kalau dia terbaca lak blog aku ni haha.

Dia memang baik dengan Ammar... aku puji sikapnya, tapi tulah... kadang-kadang aku tak faham tentang tingkah dan maksud kata-katanya. Mungkin apa yang dikata tu pulak tak sama dengan apa yang ada di dalam hati kut, aku pun agak je, Entahlah... Atau aku yang emosi.. dan aku hanyalah insan biasa.

Yelah... sebagai guru ada masanya aku terpaksa hantar anak diluar waktu sekolah, maklumlah cikgu ni tugasnya tak tentu juga masanya. Bila nak bagitahu yang aku kena pergi mana-mana diluar waktu sekolah memang lah berat sangat mulut aku ni... tak tahulah kenapa. Aku pun kalau boleh tak nak lah ganggu masa rehat orang lain kan.

Tapi tulah.... aku terpaksa, demi tugas......

11 comments:

ab geldofg said...

nanti nak kasi tau dia pasal blog akak ni hehehehhe

atie said...

ab~Ko jangan nakal eek... ada berani? hihi

kak lela said...

kenapa dengan babysitter tue tie?

atie said...

Entah la kak, kadang2 tu cam keberatan je bila tie nak hantar waktu bukan hari sekolah sebab dia kerja waktu cuti.Susah la kak.

alia said...

zaman sekarang mmg lagu nie..dulu mak kita rata-rata tidak bekerja....erm..try cari lain kot...:p

Grow2g3th3r said...

kak tie..don't feel upset okay...kak tie soft spoken je ngan pengasuh tu yg kak tie ada urusan luar yang tak dapat dielakkan .. insya allah dengan kepakaran kak tie as a teacher, dla yakin pengasuh tu akan boleh menerima dengan ikhlas dan paham situasi kak tie.

dan sebagai pengasuh yang baik,pasti dia pun akan menerima tugasan menjaga tu dengan hati yg berbunga2 dan ikhlas....

all d best.. don't sad okay.

atie said...

alia~TQ... akak susah hati... tapi dah luah kat blog ada tenang sikit...

atie said...

Grow~Good tips... insya Allah akak cuba...

azie(mama auni& erin) said...

akak klu dah nama pengasuh kot mana pun mesti ada masalah...mmm sabar je la...

atie said...

Yelah Azie...harap2 akak boleh bersabar

atie said...
This comment has been removed by the author.