Friday, December 19, 2008

Peralihan kuasa

Macam bagus je aku punya title kali ni kan he he. Aku bukan nak bercerita pasal politik negara OK...tooolooong sikit. Bukan juga nak citer pasal pemimpin negara la cuma aku ada dapat 2,3,4 sms juga la tentang peralihan kuasa di tempat kerja aku.

Aku pun dapat beberapa citer2 yang agak sensasi. Tentang ketua yang baru ni la kan . Katanya AGAK...hem hem sikit. Apa pun tahun depan ni pasti akan ada perubahan angin yang menimpa warga kami2 nilah. Harap-harap kearah yang lebih positif dan kalau tidak pun hadap ajelah ye... dah tak boleh buat apa lagi dah.

Tentang aku sendiri pun memang ada perubahan tugas juga...tapi aku tak kisah sangat sebagai guru memang dah tanggungjawab aku untuk menerima tugas yang berlainan setiap tahun. Harap2 boleh la kan lagipun aku kan cuma guru kecil...he he.

Aku ni sebenarnya lebih suka kalau tugas mengajar tu lebih diutamakan berbanding dengan kerja2 pengkeranian,typist,juru analisis,memasukkan data dan macam-macam lagi. Banyak tau...dah la guru ni juga ibarat ibu, bapa dan guru buat anakanda semua tu yang berbagai ragam dan kebolehan.

Memang kadang keliru juga mana satu bidang co bisnes guru nih...mengajar lagi penting ke atau membuat benda alah tu semua lagi penting. Fikir-fikirkan lah ye....( khusus nya buat diri sendiri )...Hahaha

6 comments:

azie(mama auni& erin) said...

ooo kak tie cikgu rupenyer..akak tgl mana?

atie said...

Azie~A ah cikgu ler...duk ngajar kat daerah bentong, Pahang

ija said...

haih berdebar nak tunggu thn depan.jumpa cikgu2 skolah lain kat luar, sumenya ucapkan "tahniah"..haih dah tak sedap ati dah ni kak tie oiiiii....

cikgu panji said...

Bestnye kalau tugas guru hanya mengajar.

atie said...

Ija~Tulah ijah...wan kata pun ramai cikgu lain ucap tahniah kat dia jugak... sudah kita ijah

atie said...

C.Panji~Memang best kan cikgu. saya setuju