Tuesday, December 23, 2008

Aku yang TERUJAA


Memang aku teruja, aku mahu kongsi berita gembira ini dengan korang semua.Yeszaa!!! akhirnya aku berjaya juga mendapatkan Hand Bag seperti yang aku idamkan selama ini. Ala yang mengikut trend sekarang ni iaitu simple dan besar.( mengikut trendkah aku, haha ) Cantik tak???? Sila kata cantik ok. Hiks.

Jenama??? aku ni jenis yang tak kisah sangat jenama2 ni... janji aku suka. Tapi tulah dalam pilih2 yang potongan 70-50% last2 aku TERBELI yang 20% aje less daaa. Nak buat macamana kan. Bila hati dah sokaa.

Apa salahnya sesekali berbelanja untuk diri sendiri kan.Walau agak memikir panjang juga... Apa tidaknya, untuk memilih satu Hand bag aku mengambil masa 2 jam. Ammar sempat juga mengamuk 2X. Tapi ah!!..aku tetap beli juga. Duit boleh dicari mar...takut tak tidor malam kang aku duk teringatkan bag kat sogo ni pulak. Ha...siapa yang susah...heh heh.

Pssstt... Sogo tengah offer sampai 4 jan nih... apakata korang pergi serang cepat. He he tolong promote la plak.

P/s~TQ kepada my Hubby kerana sanggup menuruti kehendak ku walau pada mulanya perjalanan dari Putra jaya sesat barat sampai ke Puchong...namun sogo tetap ku temui. Ahaks.

6 comments:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

wah dapat beg baru hehe...
saya ni selalu cuci mata je tengok kat bhgn beg sbb beg lama ni cam jeling2 je kata jgn kasi tukar hehe...

atie said...

He he... suka akak nrina, tapi beg akak tu memang dah lama pun, tu yang tak dan2 nak beli baru

♥Cik Puan♥ said...

syok nyer kak tie dapat handbeg baru..azie nie dah lama xbeli handbeg...jeles..jels..cantik okeh

atie said...

jeles ye.. pe kata azie mintak kat cik abang tuk hadiah thn baru ni. ok tak

Erinsza said...

ya allah tie smpi sesat barat ko ke puchong semata2 nak ke sogo. cayalah finally jumpa juga SOGO ye tie.

REMBATlah gi takkan satu jer, hehhehe.

atie said...

He he... memang sesat erins... dari putrajaya tau2 g puchong ha ha.

Sempat g tesco puchong lak tu.