Wednesday, December 10, 2008

Langkawi Part 3 ( Siri Akhir )


Amboi garangnya budak kecik nih...duk marahkan abang yang suka memanjat. Ha! padan muka adik yang kecil tu pun lagi pandai...hehehe. Comel kan......

Cewah...cewah, dah macam slot akarsia la plak ye....siap ada siri2 lagi..ha ha. Saje aku nak letak gambar banyak2 ...sila boring sekarang nah....lagi-lagi gambar kan. Kalau boleh semua kenangan tu nak masukkan dalam citer ni...sori la kalau ada sapa2 yang rasa menyampah.ekeke.


Pic ni omputeh handsome yang tolong ambikkan, yang pasti aku tak mintak pun, dia yang rela hati nak tolong...betuuul...aku tak tipu. Aku pun dalam terbelit lidah tu pun speaking jugak la dengan dia. Heh heh...Korang jangan salah faham ok, dia datang ngan mak we dia tau...haha. Biasa la kenangan dengan helang di Langkawi ye tak?Tapi tulah...gambar tak terang.




Aku dengan hero-hero aku ni dekat Under water World, walau pun tiketnya AGAK mahal tapi puas hati jugak lah sebab budak-budak ni nampak suka je aku tengok. Lagipun ada macam-macam ikan dan binatang yang belum pernah aku tengok. Jadi tak rugi....jauh2 datang mesti jalan puas2. Ikan kat bawah tu sangat la besar...juga ikan pari tu dan sentiasa mencuri pandangan pengunjung termasuk lah aku. Suka aku tengok pergerakan ikan pari yang besar tu bebas dalam tu siap boleh tengok dia lalu kat atas lagi. Memang best la. Tempat dia besar jugak lah. Sakit kaki aku nih.







P/s~ Aku tak dapat nak naik kabel tu, walau benarnya teringin juga sebab suami tak izinkan...dia kata kalau nak naik, naik sorang2. So takpe lah..tak yah seme...suami aku ni memang risau...atau pun mungkin dia takut hahaha. Jahat aku.

2 comments:

Anonymous said...

bila la nak g langkawi nie...kak tie masuk undewaterworld..syokkan.teringin nak bawa nonie masuk

atie said...

Azie~Pegi azie ajak cik abang tue...dah dekat pun dengan penang kan. Noni mesti suka...