Wednesday, December 24, 2008

Berdikarikah itu??????

Lately, ammar nih dah mula berdikari.... sebab apa aku kata macam tu:

1. Tak mahu disuap lagi ... walau aku cuba buat macam helah pun tak jalan juga. Penyudahnya dia sepahkan semua makanan dan badan makin kecil. Kalau aku suap juga dia akan pejamkan mata.

2.Mahu mandi sendirian... sibuk berebut getah paip dengan ummi dan last2 mengamuk dan menangis...adeh.

3.Mandi mesti lama sehingga dia puas hati... kalau tidak menangis dan terbaringlah dalam bilik air tu. Adik nih....

4.Pakai baju sendiri walaupun tak berapa nak reti. Haih....

5.Kadang2 berjalan di mall tak mahu dipegang. Dia mahu berjalan sendiri kalau kita pegang tangan dia akan duduk la plak.

6. Kalau nak susu... dia akan cari botol susu dan bagi kat aku, tarik tangan bawa ke dapur.

7.Dah pandai buka dan tutup TV sendiri.

8.Boleh bawa beg sekolah bekalan susu dan pampersnya ketika berjalan. Ahaks.

9.Kalau tak dapat apa yang dia nak dah pandai merajuk dan mengamuk. Susah...susah. Ikut perangai sapa la tu eeekk. he he.

10.Suka berebut mainan ketika ada kawan sebaya datang dan nak main mainan dia... walaupun mulanya dia tak teringin pun nak main.

11.Pandai sebut Babah,ummi,abang , cat, ball, bye bye, give 5( versi ammar fai...je) haha, nak.... dsb.

Kesannya.... badan dah mula kecil balik sebab makan tak masuk dalam mulut pun. Hari2 haru biru kerana Ammar sekarang mahu berdikari ok....ADEEEH.

P/s~ Ammar tengah menangis sebab nak tidor tapi ummi dia masih sibuk surf lagi. Nak kena ummi nih...ha ha.

6 comments:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

mmg nak kene ummi ni hehehe...
klu saya budak2 ni mmg dah paham sgt klu mama dia ada depan komputer...jgn harap nak layan permintaan diorg..caranye..mesti dia tarik tangan suruh bangun buat susu hehehe...

atie said...

Ha ha ...memang kalau dah mengadap laptop ni susah nak berenti la kan.

meen said...

hehe..budak2 camtu la kan..kecik2 lagi tapi suka nak jadi cam org besar2 je..nak buat sendiri semua

atie said...

Ye lah meen, badan kecil tapi mengalahkan org besar...he he

Anonymous said...

sama laa kita kalau dah ngadap laptop memang cam melekat rasanye hehehe.. dah pandai berdikari yer.. cik mya pun pandai berdikari sume nak wat sendiri akhirnye umah cam tongkang pecah huhuhu

atie said...

Ha ha.. nampaknya kita senasib