Saturday, December 6, 2008

Penang...aku datang.


Alhamdulillah...aku selamat sampai.Aku tengok Penang dah semakin maju, begitu banyak bangunan mencecah langit.Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku berkunjung ke Pulau Mutiara ni.Dulu2 la ...aku pegi masa darjah 6 kut..lama dah kan, kali kedua pulak masa aku tingkatan 6 dan sekarang kedatangan ku mungkin berbeza kerana aku datang bersama keluarga pada usia 36 tahun yang kebetulannya juga masih berkaitan dengan no 6 Ok. So..memang misteri dan Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri ya.ha ha. Tetiba aku ni...





Penang nih dah tentulah dikaitkan dengan pantainya yang indah.Aku sempat juga merakamkan saat2 manis di Pantai Batu Feringgi dengan keluarga. Tapi sayang tak dapat merasai keseronokkan mandi laut di sini kerana masa tidak mengizinkan.Cerita gambar di atas tu pula ialah tentang Ammar yang takut dan pelik melihat air laut. Lihat reaksi muka dia tu kan.Macam sedang berfikir la pulak aku tengok.





Lagi gambar aku and my hero di tepi pantai.Tak reti nak cerita lagi dah.Layan jelah...





Inilah gambar yang dapat aku ambil dari bilik kami...cantik kan.Rasa tenang sangat bila sesekali dapat menyaksikan saat matahari terbenam indah.Bila bangun tidur aje dah boleh melihat laut yang terbentang luas.Indahnya alam ciptaan Allah.Subhanallah dan Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menyaksikan semua tu.

5 comments:

ija said...

wah cuti sakan ye kak tie sekeluarga..hihi..penang sibuk kan kak tie..tak sesuai ngn jiwa saya

Anonymous said...

kak tie azie xtau akak nak ke penang..klu ku tahu leh kita jumpa2 lagi pun azie mmg kat cni...huhuhu..

atie said...

Ija~Sibuk dan sempit tapi taaaantek.

Azie~Duk penang ko....awat tak habaq mai,leh kita jumpa nah..len kali ye

Erinsza said...

wah atie lama ko tak kesana dari drjh 6 smpi dah anak 4.

betuii lama. takpe I pun sama tak pernah kesana.

atie said...

Erin~Memang lama dah tak g...apapun de rezeki erin leh g lak tuuuu