Friday, December 24, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah......LAGIK

Assalamualaikum semua.....
Wah!!!!Best cerita nih...katanyalah kan, sebab aku tak pernah tengok lagik.Baca review pun jadilah. Tapi kawan-kawan ramai yang dah pergi kan dan ramai yang kata best. Bagi yang belum pergi nonton tu jom baca sama-sama aku kat sini huhu...Pasnih ajaklah suami pergi nonton dengan anak-anak yer.....hehe.

Pecah panggung dengan jerit tawa memenuhi ruang. Kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) masih mengekalkan genre komedi seram dan penuh kejutan. Walau tidak membariskan bintang ternama atau memaparkan adegan seksi, HKLBR tetap menarik dan menghiburkan.

Mungkin daripada tajuk, penonton boleh mengagak apa yang bakal berlaku kepada jalan penceritaannya, namun filem ini bukanlah klise seperti yang ada pada sesetengah filem tempatan. Menegaskan filem arahannya merupakan anti tahyul, Mamat Khalid berkata ini adalah cara untuk menonjolkan budaya Melayu penuh dengan budaya tahyul yang terlalu kuat.

"Filem ini merupakan sebuah filem abang yang jujur yang disampaikan melalui komedi. Abang cuba menunjukkan bahawa masyarakat kita kuat dengan budaya tahyul. Walaupun sudah maju ke depan, namun tahyul masih menguasai pemikiran.

"Banyak juga kritik sosial dan metafora yang cuba diselitkan dan harapnya penonton akan faham apa yang cuba disampaikan. Sebagai contoh kalau kita penagih, seumur hidup orang akan gelar begitu.

"Abang baiki apa kekurangan dalam Zombi Kampung Pisang berdasarkan kritikan yang diterima menerusi filem ini. Cuma topik penceritaan dan karektornya berlainan, namun masih berlaku di Kampung Pisang. Walau watak baru diperkenalkan, namun ia cukup kuat untuk mengaburi watak lama," kata sutradara terkenal ini.

Filem terbitan Tayangan Unggul ini menelan belanja RM1.5 juta dan lokasi penggambarannya dijalankan di sekitar Kuala Kangsar. ManggaOnline (MO) cukup terhibur dengan jenaka dan sindiran yang cukup tajam apabila menyentuh isu sosial yang berlaku. Bukan niat menimbulkan kontroversi, Pengarah Terbaik FFM21 hanya sekadar menyuarakan isi hati melalui karya.

"Harapnya penonton dapat menangkap dialog yang diselitkan yang menyentuh isu masyarakat. Terimalah dengan hati terbuka dan jangan rasa marah sehingga mengganggu konsentrasi. Matlamat utama filem ini hanyalah untuk berhibur. Secara jujur abang sendiri lebih sukakan HKLBR kerana durinya lebih tajam.

"Abang yakin jika tak tonton Zombi Kampung Pisang pun masih boleh faham dan mengikuti HKLBR kerana ia berdiri sendiri dengan penceritaannya. Jika terhibur baguslah, namun jika faham apa yang cuba disampaikan, itu merupakan satu bonus," katanya menjelaskan watak Kak Limah memang direka khas buat Delimawati.



Filem ini harus ditonton kerana lawak jenakanya segar dan mampu membuatkan penonton menjerit ketakutan melihat Hantu Kak Limah. Dan sebahagian dialognya masih melekat dalam kepala. Jika dulu mungkin 'otak otak' menjadi sebutan. Dan kini dalam HKLBR dialog 'cecite cecite' ketika orang kampung sakan berbual, mungkin bakal menjadi ikutan.

HKLBR mengisahkan Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Filem ini dibintangi oleh Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati. Filem best ini akan mula ditayangkan pada 9 Disember 2010.

PSSSSSTT.....Hangat betul kan cerita nih, aku asyik baca kat blog dan FB kawan2 jer.Bilalah aku dapat peluang nak pergi tengok ...... Babah....Owh.....Babah, Ala kita tunggu vcd jelah tie.......NI yang aku malas nih.....huhu

*BERITA DIPETIK DARI MANGGA ONLINE

3 comments:

♥Azie♥ said...

akak mmg best tau...azie g tgk ngan kawan2...klu tgg cik abg ermmmm vcd pun azie tak dapat tgk..dia bkn minat cerita hantu2 nie

atie said...

Samalah kita azie.....Akak nak pergi tapi cam takyah jer dia kata.hihi

Eija Johan said...

kak tie sy br tgk cite HKLBR ni mlm td..beli dvd kat THILAGA jer..hihi..layann gak..klakar..hhehehehe...