Thursday, December 23, 2010

Azean Irdawaty Disuruh tulis wasiat

Assalamualaikum semua......

Aku terbaca kat internet cerita nih, rasa cam kagum juga dengan Azean yang kuat semangat menempuh penyakitnya kan, Kancer tu......Ya Allah berilah kekuatan padanya. Just nak share dengan semua...

Kenapa tiba-tiba seniwati tersohor negara ini disuruh menulis surat wasiat? Ajal maut di tangan tuhan. Memang semua sedia maklum Azean Irdawaty sedang menanggung barah yang kini telahpun masuk ke tahap empat, namun ManggaOnline (MO) lihat wanita yang lebih mesra disapa Kak Yan ini semakin sihat dan sudah boleh berjalan tanpa bantuan sesiapa.


Sebenarnya kejadian ini berlaku semasa Kak Yan mendapatkan rawatan untuk penyakitnya dan doktor membuat perkiraan dia mungkin akan meninggal dunia sekitar Oktober lepas. Namun kuasa di tangan Allah yang menentukan segalanya dan syukur kini kesihatannya semakin pulih.

"Doktor sahkan barah Kak Yan kini tahap empat. Kalau ikut cakap doktor Kak Yan akan meninggal Oktober lepas melihatkan kepada keputusan scanyang dibuat. Waktu itu bulan Oktober 2008 dan dia ramal Kak Yan ada masa lagi dua tahun untuk hidup.

"Doktor tersebut nasihatkan Kak Yan untuk membuat surat wasiat. Menurutnya ramai yang tidak sempat berbuat demikian, Kak Yan dikira bernasib baik kerana boleh membuat persediaan awal menghadapi saat kematian.

"Namun setiap hari Kak Yan memohon kepada Allah agar dipanjang umur dan tidak mengambil nyawa selagi belum memeluk Benjy yang kini dalam tahanan," luah wanita tabah ini.

Tempoh rawatan yang panjang dengan kos perubatan yang mahal menyukarkannya meneruskan rawatan. 26 sesi kimoterapi dan 24 sesi radioterapi masih belum mampu memulihkan barah payudara yang dihidapi, malah tambah Kak Yan, dia tidak sanggup meneruskan rawatan kimoterapi yang disifatkan sangat menyakitkan.

"Kak Yan rasa sihat sekarang ini selepas beralih kepada rawatan alternatif. Kak Yan tak mampu untuk berjumpa doktor lagi sebab dulu Kak Yan berhabis lebih RM200 ribu untuk rawatan di hospital dan barah Kak Yan masih naik ke stage empat.

"Sekarang Kak Yan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Tuan Haji Lokman. Menurutnya setiap ayat dalam Al-Quran adalah ubat dan setiap kali Kak Yan pergi, dia akan bagi surah untuk diamalkan. Tuan Haji nasihatkan Kak Yan berhati-hatu buat rawatan kimoterapi kerana ia membahayakan kesihatan.

"Selain itu, Kak Yan juga amalkan Co Enzim Q10 sejak Januari lalu dan dalam masa tiga bulan Kak Yan mampu berjalan. Orang kena barah ni kalau kena panas cepat lesu dan kalau dulu untuk angkat pinggan pun tak boleh, tapi sekarang Kak Yan dah boleh menyapu sampah," katanya yang membelanjakan sekitar RM1000 sehingga RM2000 sebulan untuk rawatan alternatif.



MO tabik dengan Kak Yan yang begitu tabah menghadapi dugaan yang datang tak putus-putus dalam hidupnya. Malah primadona ini dilihat begitu tenang apabila persoalan mengenai Benjy terpacul dari kalangan teman media.

"Benjy sangat cekal. Kak Yan dapat berjumpa dia dua bulan sekali dan kadang kala dia akan menelefon saya dan meluahkan rindunya kepada saya, adik-adik dan anaknya. Kalau jumpa pun kami tak dapat bersentuhan, selalunya kami akan meletakkan tangan ke cermin seolah-olah sedang memegang tangan.

"Kak Yan berharap dia dapat keluar cepat dan kami dapat berjumpa sebelum Kak Yan pergi mengadap Ilahi. Hanya tuhan yang tahu apa yang Kak Yan harungi," katanya yang akan muncul dalam Teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua.

*Semoga azean terus bersemangat menghadapi kehidupannya. Sekurang-kurangnya dia sentiasa bersedia menghadapi kematian kan, namun bila saatnya kematian itu adalah di tangan Allah. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa..............

Berita dipetik dari MANGGA ONLINE

~Auto publish~

@ kg lagik......hehe

4 comments:

DrSam said...

sama sama kita doakan agar Asean diberi kekuatan dan juga mendapat keafiatan dariNya. Penyakit itu merupakan satu peringatan jua penghapus dosa. apa-apa pun kita meminta pertolongan dari Allah S.W.T kerana dia lah yang memberi sakit dan dia jua lah yang menyembuhkannya.

Nuridah said...

Salam mektie,

Sedihkan baca cerita Azean ini kan.Knur minat sekali dengan dia...moga Allah melanjutkan usianya dan memulihkan kesihatannya.

SUZIE APAI said...

hiks..dh rasa masuk dlm magazine pun ye kak ti...bila dh ujung2 baru pasan, oh blog k ti rupa2nyer...hhehehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

moga kak yanlebey tabah..