Friday, December 3, 2010

Bila diri digelar HANTU....

Malu kawan ejek hantu

Oleh Hadzlan Hassan

KUALA TERENGGANU: “Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.

“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.

Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya.

Itulah kan realiti yang terpaksa dihadapi oleh anak sekecil ini.Dalam usia sebegini sepatutnya dia riang belajar dan bermain bersama rakan sebaya.Namun kerana perbuatan ayahnya sendiri sedikit sebanyak telah merencana perubahan dalam hidup anaknya sendiri.

Dah la mengambil masa yang lama untuk sembuh, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.Parut yang zahir dilihat pun dah sangat berat untuk ditanggung inikan pula parut dihati kan…….Tiada siapa yang tahu apakah beban ini akan dibawa sepanjang hayatnya di atas kesalahan ayahnya sendiri.

Nau’zubillah……Moga Allah melindungi kita daripada kejahatan manusia.MOGA KELUARGA CHE KU ZAIMAH TABAH MENGHADAPI SETIAP DUGAAN INI. INSYA ALLAH..... DAN MOGA JUGA DAPAT MEMBERI PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA.

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

eiii
kenapalah bapaknya begitu?
manusia - manusia..
tak tkut ker dgn pembalasan Allah?!

Mek Rose said...

agak2 la kan...cukup ke hukuman penjara n sebat kat ayah dia tu ye? if sy la..rejam sampai mati ajela bapak camtuh! grrrr

DrSam said...

salam mektie. sungguh menyayat hati. Semoga menjadi teladan dan keinsafan kepada kita semua terutama bapa-bapa sedar akan tanggungjawab sebagai pelindung keluarga.

attyfir said...

kesian kat budak tu, mcm dia pulak yg menerima hukuman seumur hidup