Monday, December 13, 2010

Percutian ke.......Penang???Langkawi???


Assalamualaikum.............
Pejam celik pejam celik dah isnin kan, rasa macam baru jer weekend dah tiba hari bekerja, ek eleh macamlah dia tuh kerja kan, padahal duk rumah jer.Cuti sekolah dah haruslah aku pun cuti setelah berhempas pulas menyiapkan kerja yang bertimpa2 sebelum cuti hari tu. Lepas tuh sekarang nih adalah masanya bersengkang mata untuk mentelaah for the final exam la pulak.

Bercuti?????????!!!!!! Ya....memang itu yang aku dan family perlukan, anak-anak dah kebosanan di rumah, ummi dan babah dah masak kepala otak kena lintasan berbagai nota dan soalan.Suka la pulak tengok gambar lama..............Semasa bercuti di Langkawi.
Masa ni pulak masa kat penang.Rasa macam teringin nak pergi lagi ke Penang nih.Macam-macam lah, padahal tahun ni saja dah pun bercuti ke Sabah dan Gambang resort pun. Takpe tengoklah lepas exam nih, kalau nak bercuti pun mungkin yang dekat2 jer kut......

Itupun kalau ada.......... Maklumlah nak buka sekolah ni ada yang lebih penting. Shopping baju sekolah anak dan yuran sekolah pun dah berapa untuk 3 org hero aku tuh. So yang itu lebih diutamakan yer mektie.................hehe.

2 comments:

Abang Long said...

Kalau nak ketenangan pergilah Langkawi .... eh, kalau pergi 20 hb ni, boleh jumpa famili Abang long disana ....

meen said...

cuti kak..jgn tak cuti..pi dekat2 pun ok