Monday, April 27, 2009

Selamat Bersara Kak Ha...


Hari ni adalah hari terakhir buat kak ha sebagai GPK 1 di sekolah aku, Dia nampak sedih dan sebak jugalah semasa ucapan di atas pentas kat sekolah tadi....hurm,

Dengan ini juga tiada lagi kedengaran suara2 kak ha di bilik guru. Hem.....folio A, Folio B dah siap belum.....hihi. Analisa mana??? suara peringatan tentang tugas2 guru setiap kali lepas periksa. Termasuk untuk aku juga. Semua kerja kalau boleh mesti siap on time, kalau ada yang masih belum siap tu lari menyorok kat mana2....haha.

Tapi yelah...bertugas sebagai GPK di sekolah besar camni memang begitulah. Cikgunya ramai dan macam2 ragam. Sebagai guru senior kak Ha banyak memberi nasihat walau kadang2 cara memberi nasihat tu agak tegas tapi terima jelah, Lagipun ketua kita mestilah patuh. Dia pun cuma menjalankan tugas. Kalau kerja kita tip top layanan nya juga adalah tip top k....

Walau pun kak ha ni agak tegas tapi dia baik hati sebenarnya....Buktinya kalau kak ha nak siapkan sesutu kerja dengan kadar segera dan guru2 berjaya siapkan semua tu...dia akan belanja semua. Pernah dulu dia belanja Ais krim cornetto...Oklah tu...Dan hari ni pulak semua suka sebab dapat hadiah sorang satu dari kak ha....TQ kak ha...

So ...Aku cuma nak ucapkan Happy Birthday dan Selamat bersara buat kak ha. Moga kak ha lebih tenang dan ceria di samping keluarga...Lepas ni, tunggulah kedatangan gpk baru lak ye.....

Oklah...aku nak pergi balut hadiah untuk kak ha pulak nih....daaa.

6 comments:

Suziey Ahmad said...

ha pegi balut hadiah cpt.ekek:D

waaa syiok ke eh bersara? tp nmpk muda la kak har ni...;)

Ciklinn said...

hihihihih sempat tu nak balut hadiah...

apapun selamat bersara pada kak ha...

kak tie husebn ajak gi kuantan bulan julai nie.... kalo nak jumpa akak jauh tak kalu kuar dari highway tu..

CuTeMiUt78 said...

ho..ho..ho..ho.. selamat bersara utk kak ha..

atie said...

suziey~A ah la kan, asyik blog je....hihi. Nampak muda ekk...

atie said...

linn~Tak jauh dari simpang kuar tu....kalau confirm jadi bagitahu ye...ktie bagi contact number

atie said...

Rina~Selamat bersara ye...