Sunday, January 4, 2009

Back to school

Finally ... hari ini datang juga, kenapa dengan hari ni????? Hari gaji? bukan.... (aik kenapa hari gaji yang aku tulis dulu ar heh heh), hari jadi?....pun bukan, hari merdeka?....lagilah bukan. Hari.... hari.... ahad la ofcoz.hihihi. Bermakna hari ni hari terakhir aku bercuti ok.

Sekarang masa untuk berkerja sebab esok adalah hari pertama persekolahan bagi semua guru dan murid. So aku kena bersedia fizikal dan mental. Walaupun aku mengajar dah bertahun2 tapi masih rasa berdebar2 je nak pergi sekolah esok... Back to school... yeah, Bukan hanya untuk murid tapi juga untuk guru2 ok terutamanya aku lah kan. Antara debaran yang mungkin dihadapi....

a.Debaran seorang guru yang akan berdepan dengan pelbagai pihak kpm,jpn,ppd dsb. Biasalah hari pertama kenalah pantau dulu.... dari segi tugas pulak biasalah... mengajar tu kan memang co bisnes guru... so masuk kelas otomatik mengajar ler... takkan tak reti2 kut.
b.Debaran murid tahun 1. Yelah tentu saje begitu kan.suasana baru dan segalanya baru tambahan pulak kena berdikari, mana nak takut cikgu garang lagi.... walaupun guru tahun satu ni baik2 belaka tapi tulah setiap tahun mesti ada yang menangis.
c.Debaran seorang ibu/bapa, sehingga ada yang sanggup menunggu anak di tepi kelas walau telah diminta tidak berbuat demikian. Biarkan anak berdikari... Macamana guru nak mengajar kalau mata si anak asyik memandang keluar aje. Mana lagi ada murid yang terkenc...tuuut, terber...tuuut lagi... Itulah yang dihadapi oleh guru. Menjaga kepentingan anak murid, anak sendiri lak kat kelas pandai2 ko lah....
d.Debaran seorang ketua yang mengharapkan agar hari pertama persekolahan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kontrovesi.
e.Debaran pengusaha kantin.... sebab hari ni duit banyak masyuk..... hehehe. Macam tu pun berdebar ke???? heh heh.

Itulah yang aku dapat andaikan... sebab aku juga dulu seorang murid, ibu bapa dan guru. Jadi aku faham situasi tu semua. Cuma sebagai GB tu mungkin tidaaaaak....hehe. So, kepada semua warga sekolah semoga hari pertama dan seterusnya ini suksess ok.

p/s~Selamat menempuh alam persekolahan buat anak2 malaysia... kepada ibu bapa jangan lah terlalu risau, berbanggalah... kerana telah bermulanya satu episod dalam kehidupan mereka untuk meneruskan cabaran yang seterusnya.

10 comments:

meen said...

akak..selamat kembali bertugas esok ekk..harap2 semuanya baik2 je dan berjalan sempurna seperti yang dirancang dan diharapkan. Amin

Anonymous said...

akak selamat bertugas...lepas tentu bz kan

a.b geldofg said...

ada gaji adalah kerja....slamat mgajar smula...syggggggggg ckgu

Anonymous said...

selamat bertugas cikgu.. kalau dok melaka leh gak suh cik mya belajar ngan cikgu hehehe..

atie said...

meen~selamat mengajar kembali... yelah moga semuanya ok.

atie said...

azie~TQ, bz la plak pasni...tapi jangan risau masih sempat jalan2 blog kawan2.

atie said...

ab~betul tu...hehehe

atie said...

watie~TQ , watie duk melaka rupanya.. baru kaktie tahu.

grow2g3th3r said...

selamat bertugas dan didoakan tabah menghadapi suasana murid2...

Dan... esok kami (ibubapa) akan bercuti sebab nak hantar anak masuk sekolah!...

atie said...

Grow~bagus lah tu dla... moga segalanya berjalan lancar.